China Bakal Kuasai Industri Bateri EV Dunia? Apabila Pemimpin Industri & Ahli Akademik Bergabung...
-full_normal.webp)
Demi mempercepatkan pembangunan teknologi bateri EV keadaan pepejal, syarikat automotif dan pengeluar bateri China iaitu subsidiari BYD, FinDreams Battery, CATL, NIO, CALB, EVE Energy, dan Gotion High-tech kini bekerjasama.
Pemimpin industri dan ahli akademik China menjalinkan kerjasama di bawah China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (CASIP) untuk memajukan pengkomersialan bateri keadaan pepejal bagi kenderaan elektrik (EV).
-full_normal.webp)
China kini menguasai industri bateri kerana dua firma gergasi yang berpangkalan di negara tersebut, BYD dan CATL memegang lebih daripada 50% pasaran bateri EV global. Penubuhan CASIP dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan China dalam teknologi bateri EV.
Di bawah pimpinan profesor Universiti Tsinghua, Ouyang Minggao, gabungan tersebut diwujudkan untuk menangani risiko kehadiran teknologi baharu yang mungkin menggugat kedudukan China dalam pasaran dunia bagi bateri EV.
-full_normal.webp)
Melalui kerjasama antara pengeluar bateri terkemuka China dan syarikat automotif ini, pembangunan dan pengkomersialan bateri keadaan pepejal dapat dilakukan dengan lebih pantas, dalam masa yang sama, membina rantaian bekalan yang kukuh.
Gabungan ini juga diwujudkan dengan tujuan untuk memberi saingan kepada syarikat-syarikat lain di negara Jepun dan barat yang kini menunjukkan kemampuan untuk membangunkan teknologi bateri keadaan pepejal bagi pasaran EV.
Matlamat gabungan ini akan cuba dicapai melalui kepakaran kolektif, sumber-sumber daripada ahli yang terlibat, portfolio paten, serta sokongan kukuh daripada kerajaan untuk mengekalkan dominasi pasaran.
-full_normal.webp)
Untuk makluman, bateri keadaan pepejal merupakan satu revolusi penting dalam industri EV kerana ia mampu memberikan jarak perjalanan elektrik yang lebih jauh serta masa pengecasan yang singkat.
Inisiatif ini dilaksanakan pada waktu yang tepat, di mana industri EV sedang melalui pertumbuhan yang pesat.
Sumber: Nikkei Asia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



