Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Stellantis Malaysia kini telah beroperasi sepenuhnya dan merancang untuk memperluaskan portfolionya dengan membawa masuk beberapa jenama baharu.
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Stellantis Malaysia National Sales Company (Stellantis Malaysia) telah rasmi mengambil alih pengurusan jenama Peugeot di Malaysia. Firma tersebut turut menerbitkan foto yang menunjukkan produk yang dinaunginya, termasuk beberapa model daripada jenama yang belum rasmi memasuki pasaran Malaysia.

Alfa Romeo Tonale merupakan salah satu model yang 'diacah' oleh Stellantis Malaysia.
Salah satu model yang dapat dilihat daripada foto tersebut ialah crossover kompak, Alfa Romeo Tonale. Untuk makluman, jenama tersebut merupakan jenama Itali yang sebelum ini berada di bawah Fiat-Chrysler Automobiles (FCA), yang kini telah diserap di bawah portfolio Stellantis.
Tonale dibangunkan berdasarkan platform FCA Small Wide sama seperti Dodge Hornet dan Jeep Compass. Dengan ukuran 4,530 mm (panjang), 1,840 mm (lebar), 1,600 mm (tinggi) dan jarak antara roda 2,637 mm, Tonale diposisikan untuk bersaing dengan model-model seperti Mercedes-Benz GLA, BMW X1 dan Audi Q3 dalam segmen SUV/crossover subkompak di Eropah.


Tonale ditawarkan dengan dua pilihan enjin, PHEV dan MHEV
Tonale ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid ringkas (MHEV) dan hibrid plug-in (PHEV). Versi MHEV menggunakan enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter dengan output 160 hp dan 240 Nm yang dihubungkan kepada belt-driven starter-generator (BSG) 48 volt yang menambahkan 20 hp dan 55 Nm kepada output keseluruhan sistem.
Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik DCT tujuh kelajuan. Sistem yang digunakan membolehkan Tonale MHEV melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 209 km/j.


Tonale PHEV AWD varian yang lebih berkuasa, dengan jarak EV lebih 60 km.
Sementara itu, varian PHEV didatangkan dengan enjin petrol turbo empat silinder 1.3 liter yang dipadankan dengan motor elektrik bagi menghasilkan jumlah output sistem mencecah 285 hp dan 470 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) oleh sistem transmisi automatik enam kelajuan. Varian ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat.
Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh bateri ion-litium 15.5 kWj, memberikan jarak EV sehingga 60 km (WLTP).




Tonale diberikan pelbagai elemen rekaan eksklusif Alfa Romeo.
Dari segi reka bentuk, Alfa Romeo Tonale adalah versi lebih kecil model SUV, Alfa Romeo Stelvio. Antara ciri yang dapat dilihat pada rekaan Tonale adalah penggunaan gril Scudetto, lampu hadapan jenis LED dengan tiga 'pecahan' lampu di dalamnya serta lampu belakang dalam rekaan sama, kesemuanya dibaluti oleh bentuk badan sebuah crossover SUV yang sporty.
Bergantung kepada varian, Tonale ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan rim termasuk rim bersaiz 20 inci yang diambil daripada model sedan, Giulia.






Bergerak masuk ke dalam ruang kabin, Tonale didatangkan dengan kelengkapan standard seperti skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital 12.3 inci, balutan kulit premium dengan jahitan merah sebagai pilihan tambahan bagi varian lebih tinggi, serta stereng sporty dan pedal penukar gear.

Walaupun tidak disebut secara langsung oleh Stellantis Malaysia, kita boleh menjangkakan kedatangan Alfa Romeo Tonale di Malaysia tak lama lagi.
Walaupun Stellantis Malaysia tidak mengatakan secara langsung bahawa mereka akan membawa masuk Alfa Romeo Tonale ke pasaran Malaysia, firma itu pernah mendedahkan rancangannya untuk meluaskan lagi portfolio produknya di sini dengan membawakan lebih banyak jenama selain Peugeot.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



