KIA EV5 Dah Masuk Thai, Malaysia Bila Lagi?

Setelah beberapa bulan dilancarkan di peringkat global, Kia EV5 akhirnya secara rasminya ditayangkan sempena 2024 Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand, baru-baru ini.
SUV kompak yang dibina berdasarkan atas platform E-GMP ini agak kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di Malaysia.
Melihat luarannya, susun atur lampu jenis LED yang bercorak membuatkan jentera ini lebih menawan dan muka hadapannya juga dilihat jenis berkotak.


Tidak ketinggalan, ia menampilkan lampu signatur 'Star Map' di hadapan dengan gril hadapan tertutup.
Bahagian punggungnya pula, ia menerima lampu belakang LED berbentuk J sekali gus membuatkan ia lebih mengancam dan bampar belakangnya juga dihiasi dengan trim silver serta hitam.

Dari segi dimensi, ukuran panjang EV5 ialah 4,615 mm, selebar 1,875 mm, setinggi 1,715 mm tinggi manakala jarak antara roda pula ialah 2,750 mm.
Ini menjadikannya EV5 sebenarnya lebih kecil berbanding EV6.


Menjengah bahagian kabinnya, EV5 berspesifikasi Thailand ini sebenarnya mendapat reka bentuk dan ciri-ciri yang sama seperti pasaran antarabangsa.
Ia hadir dengan skrin 12.3 inci yang bercantum dengan skrin 5-inci khusus untuk kawalan pendingin hawa.

Kesemua tempat duduknya dihiasi dengan upholsteri kulit sintetik yang hadir dalam warna coklat atau biru, selain terdapat bumbung panoramik penuh dan banyak lagi.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia hadir dengan dua trenkuasa dimana varian yang menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) dengan satu motor elektrik mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp (160 kW) dan 310 Nm.
Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 8.5 saat sementara kelajuan maksimum ialah 185 km/j. Tiga varian menggunakan spesifikasi teknikal ini ialah Light, Air dan Earth Long Range.
Sementara itu, Earth Exclusive AWD yang menggunakan dua motor berkembar pula boleh menghamburkan kuasa setakat 308 hp dan 480 Nm.

Varian AWD ini sebenarnya boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.1 saat manakala kelajuan maksimum iala 185 km/j.
Selain itu, kedua-dua varian EV5 Light dan Air disumbat dengan pek bateri litium-ion 64.2-kWj sekali gus , memberikan pergerakan sejauh 490 KM (NEDC), hanya dengan sekali cas.
Bagi bateri dan julat, kedua-dua varian EV5 Light dan Air dijus oleh pek bateri litium-ion 64.2-kWh, memberikan mereka julat EV maksimum 490 KM (NEDC). Kedua-dua varian Earth dilengkapi dengan unit 88.1-kWj yang lebih besar, memberikan jarak sehingga 665 KM untuk model Jarak Jauh atau 620 KM untuk model AWD Eksklusi
Bagi varian Earth dan Long Range, kedua-duanya dilengkapi dengan bateri berkapasiti 88.1-kWj namun Earth menawarkan jarak gerak sehingga 620 km, manakala Earth Long Range pula, jarak geraknya adalah 665 km.
Ia kini sudah dibuka untuk tempahan dimana varian Light dijual pada harga RM162,118 manakala, Earth Exclusive AWD pula RM227,018.

Bagaimanpun, harga promosi itu adalah sehingga sehingga hujung April ini.
Jika Thailand sudah menerima EV5, timbul tanda tanya adakah kita juga bakal menerima model terbabit?
Sebaliknya, Bermaz Auto Bhd (BAuto) masih belum memberi petunjuk bahawa pihaknya merancang runtuk membawa masuk EV5 ke pasaran tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3274
SELANGOR
BSV542
JOHOR
JH3538J
PULAU PINANG
PSH3806
PERAK
APM9096
PAHANG
CFJ3982
KEDAH
KGJ7992
NEGERI SEMBILAN
NEM5761
KOTA KINABALU
SJV1644
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



