Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida
Nissan bakal melancarkan 30 model baharu menjelang 2026, dengan 16 daripadanya ialah kenderaan elektrik (EV) dan 14 lagi ialah kenderaan enjin pembakaran (ICE).
Selain itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk menghasilkan EV yang dapat dijual pada harga yang seiring dengan model ICE menjelang tahun 2030. Syarikat automotif tersebut turut mengumumkan matlamat untuk menjual 1 juta unit lebih banyak kenderaan di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Nissan akan cuba mengurangkan kos pengeluaran EV akan datang sehingga 30% agar dapat bersaing dengan pengeluar automotif China yang kini sedang berkembang pesat.

Nissan sasar keluarkan 16 model EV dan 14 model ICE
Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Makoto Uchida berkata, syarikatnya berdepan dengan beberapa cabaran di pasaran China termasuk isu jumlah jualan di negara tersebut walaupun menetapkan sasaran untuk meningkatkan prestasi jualannya di peringkat global. Isu tersebut cuba diselesaikan melalui kerjasama dengan syarikat lain dan menggunakan pendekatan pengeluaran yang lebih baik.

”Melalui kerjasama dengan rakan kongsi (di China), kami akan terus mengoptimumkan tahap pengeluaran dan menghasilkan produk yang membolehkan kami berkembang dalam pasaran,” jelasnya.
BAGAIMANA NISSAN CUBA KURANGKAN KOS PENGELUARAN EV?
Bagi mengurangkan kos pengeluaran, pendekatan yang akan digunakan adalah pembangunan bersama-sama (grouped) dalam kelompok yang disebut sebagai "keluarga."
![]()
Nissan Leaf facelift 2023, model CBU ini dari Jepun ini dilancarkan di pasaran Malaysia pada Mac 2023 dengan harga jualan RM168,888
Ini bermakna bahawa pelbagai model kenderaan akan dikembangkan secara serentak membolehkan penggunaan komponen yang sama dalam pelbagai model, membantu mengurangkan kos pembangunan dan pengeluaran secara keseluruhan. Pendekatan sama telah digunakan oleh syarikat seperti Renault Group, Stellantis dan Volkswagen Group.
PEMBANGUNAN BATERI BAHARU
Nissan juga sedang membangunkan bateri lithium nikel mangan kobalt (NCM) yang telah diperbaharui dengan kelajuan cas 50% lebih tinggi dan ketumpatan tenaga 50% lebih baik berbanding dengan yang digunakan dalam model Ariya. Selain itu, bateri lithium ferum fosfat (LFP) juga sedang dikembangkan untuk mengurangkan kos sebanyak 30%.

SUV hibrid elektrik, Nissan Ariya yang dikesan di Malaysia tahun lalu
Dalam masa yang sama, jurutera Nissan sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi bateri terbaru, bateri pepejal, yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2028 atau 2029.
Sumber: AutoCar
![]()
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih
Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.
14-10-2025
Jarak Gerak EV Bukan Masalah Besar
Sepasang suami isteri mencipta sejarah apabila menggunakan Nissan Ariya elektrik untuk melakukan perjalanan sejauh 30,000km.
19-12-2023
EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?
Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur.
06-04-2023
Foto Intipan EV Nissan Ariya! Kelibat Di Segambut
Nissan Ariya dikesan di Segambut sedang diangkut ke sebuah lokasi menggunakan treler.
05-08-2022
Nissan Bakal Dirikan Kilang Berteknologi Canggih
Nissan Motor Co telah mengadakan perancangan untuk membina sebuah kilang bernilai 130 bilion yen (kira-kira RM 4.2 bilion) yang akan digunakan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.
17-11-2021
Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!
Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.
17-09-2021
Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM
Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
19-06-2025
Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih
Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.
28-03-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
