Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!
Pasukan pereka dan juga jurutera yang terlibat dalam penghasilan Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, menunjukkan bahawa mereka begitu komited untuk menghasilkan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif. Papan pemuka bagi kereta yang direka dengan ruang kabin yang berkonsep terbuka dan luas ini tidak ada walau satu pun butang kawalan biasa!

Kawalan untuk model ini boleh dilakukan melalui butang maklum balas haptik yang berfungsi melalui sentuhan jari. Pemandu boleh berinteraksi dengan kereta mereka melalui sentuhan pada ikon yang dipaparkan sekiranya ingin mengawal iklim atau mengubah mod pemanduan.

Yang menariknya, pemandu boleh mengekalkan fokus kepada jalan raya kerana kawalan sentuhan haptik ini boleh dirasai dan didengari.
"Kami telah mencipta ruang yang 'bersih' dengan menggabungkan kawalan haptik bersama kemasan bercorak kayu pada bahagian dalaman kereta. Kami lakukan ini dengan cara yang tidak mengganggu prestasi kawalan," kata Pereka Kanan, Hideki Tago.

"Corak kayu diletakkan pada panel plastik menggunakan proses cetakan hidro untuk memberikan kesan rekaan yang sangat realistik."
Pasukan telah memulakan proses penghasilan sistem ini dengan memecahkan teknologi kepada beberapa bahagian berbeza. Butang maklum balas haptik diletakkan pada papan pemuka utama dan juga di tengah pada tempat letak tangan.

Untuk memudahkan kawalan, butang elektrostatik ini memiliki saiz lebih besar dengan jarak yang lebih luas antara satu sama lain berbanding kawalan haptik lama. Dengan cara ini, sejenis "kick" tekanan udara dapat dihasilkan yang dapat memberikan pengalaman lebih realistik dan intuitif kepada pemandu.

"Getaran dan bunyi tidak dapat dipisahkan. Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ia sebenarnya merupakan satu cabaran bagi pasukan kami kerana perlu menghasilkan bunyi unik yang bersesuaian dengan jangkaan pemandu. Dalam masa yang sama, kami cuba menjadikan penggunaannya semenarik yang mungkin," jelas jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan HMI dalaman Ariya, Tomotaka Igarashi.

Dalam membangunkan kawalan haptik ini, pasukan telah menjalankan ujian berulang kali untuk memastikan ia mudah digunakan oleh pelbagai jenis pemandu. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan beberapa orang dengan saiz jari yang berbeza, panjang kuku berbeza, tekanan butang berbeza pada sudut sentuhan berbeza. Selain itu, ujian turut dilakukan bagi menguji sentuhan daripada tangan yang dipakaikan dengan sarung tangan.
![]()
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5620
SELANGOR
BSU8944
JOHOR
JH978J
PULAU PINANG
PSH2710
PERAK
APM7703
PAHANG
CFJ3569
KEDAH
KGJ7362
NEGERI SEMBILAN
NEM5291
KOTA KINABALU
SJV732
KUCHING
QAB9583P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sudahlah Curi, Dibakar Pula!
Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.
17-02-2022
Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi
Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.
16-02-2022
Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu
Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.
15-02-2022
ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain
ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.
10-02-2022
Jangan Lepaskan Promosi ETCM!
ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.
07-01-2022
Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT
Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.
10-12-2021
Jentera Ini Hadir Dengan e-Power
Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.
11-11-2021
ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.
03-09-2021
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
