Projek Solar PROTON Berjaya Jimatkan Elektrik Lebih RM10 Juta

Proton yang mempunyai kemudahan panel solar dwi-muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) pada majlis Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023, yang diadakan baru-baru ini.
Fasiliti bekeluasan 9.46 hektar itu dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat dan syarikat bersekutunya MFP Solar, dimana ia menyediakan tempat perlindungan untuk 2,880 unit kereta baharu yang dihasilkan di kilang sebelum diedarkan kepada pengedar dan outlet di seluruh negara.

Untuk makluman, kemudahan panel solar Proton adalah sebahagian inisiatif hijau syarikat serta menyahut sasaran kerajaan menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050.
Malah, kemudahan panel solar yang dipasang di atas bumbung kilang telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 32,406 tan, iaitu lebih tinggi daripada ramalan sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun.
Ini bersamaan dengan mengimbangi lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim, Perak.

Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 GWj dan berjaya mengurangkan kos elektrik kemudahan sebanyak 11% pada tahun 2023 dengan penjimatan melebihi RM10 juta.
Di sebalik keupayaan fasiliti berkenaan, ini membuatkan Proton merangkul tempat pertama pada NEA yang diadakan pada 8 Mac lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, pihaknya telah membuktikan komitmen untuk melindungi alam sekitar.
“Kami juga menggalakkan pengeluar automotif lain serta keseluruhan rantaian bekalan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan.
“Penyampaian anugerah ini mengukuhkan komitmen kami untuk memacu syarikat ke hadapan dengan lebih banyak projek inisiatif hijau, sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, majlis anugerah itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sebagai mengiktiraf organisasi yang menerima pakai konsep dan amalan tenaga mampan yang selaras dengan matlamat negara mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050.
Program itu sebenarnya diterajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Anugerah NEA itu terdiri daripada empat kategori: Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu.
Bagi Anugerah Khas denganmpemenang setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara menerima hadiah wang tunai RM15,000.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5876
SELANGOR
BSV4642
JOHOR
JJ5124J
PULAU PINANG
PSH7534
PERAK
APN4075
PAHANG
CFJ5301
KEDAH
KGK1232
NEGERI SEMBILAN
NEM7631
KOTA KINABALU
SJV4558
KUCHING
QAB1676Q
Terakhir Kemas Kini 29 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


