ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek Solar PROTON Berjaya Jimatkan Elektrik Lebih RM10 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

 NEA-2023.jpg

Proton yang mempunyai kemudahan panel solar dwi-muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) pada majlis Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023, yang  diadakan baru-baru ini.

Fasiliti bekeluasan 9.46 hektar itu  dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat dan syarikat bersekutunya MFP Solar, dimana ia menyediakan tempat perlindungan untuk 2,880 unit kereta baharu yang dihasilkan di kilang sebelum diedarkan kepada pengedar dan outlet di seluruh negara.

PROTON-Carpark.jpg

Untuk makluman, kemudahan panel solar Proton adalah sebahagian inisiatif hijau syarikat serta menyahut sasaran kerajaan menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

Malah, kemudahan panel solar yang dipasang di atas bumbung kilang telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 32,406 tan, iaitu lebih tinggi daripada ramalan sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun.

Ini bersamaan dengan mengimbangi lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim, Perak.

PROTON-Rooftop.jpg

Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 GWj dan berjaya mengurangkan kos elektrik kemudahan sebanyak 11% pada tahun 2023 dengan penjimatan melebihi RM10 juta.

Di sebalik keupayaan fasiliti berkenaan, ini membuatkan Proton merangkul tempat pertama pada NEA yang diadakan pada 8 Mac lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, pihaknya telah membuktikan  komitmen untuk melindungi alam sekitar.

“Kami juga menggalakkan pengeluar automotif lain serta keseluruhan rantaian bekalan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan.

“Penyampaian anugerah ini mengukuhkan komitmen kami untuk memacu syarikat ke hadapan dengan lebih banyak projek inisiatif hijau, sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia-Largest-bi-facial-solar-panel-parking-lot.JPG

Terdahulu, majlis anugerah itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sebagai mengiktiraf organisasi yang menerima pakai konsep dan amalan tenaga mampan yang selaras dengan matlamat negara mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050.

Program itu sebenarnya diterajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Anugerah NEA itu terdiri daripada empat kategori: Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu.

Bagi Anugerah Khas denganmpemenang setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara menerima hadiah wang tunai RM15,000.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7915

SELANGOR

BSU9386

JOHOR

JH1934J

PULAU PINANG

PSH3136

PERAK

APM8043

PAHANG

CFJ3720

KEDAH

KGJ7510

NEGERI SEMBILAN

NEM5464

KOTA KINABALU

SJV1134

KUCHING

QAB9667P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto
Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Stesen LRT Sesak

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.