EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024

MINI Aceman EV crossover SUV baru telah dilancarkan secara rasmi semasa Auto China 2024 hari ini.
Kenderaan elektrik (EV) kompak, MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024 yang berlangsung di Beijing hari ini.
Model yang hanya ditawarkan dalam versi elektrik ini hadir dalam dua varian iaitu E dan SE yang mana setiap varian ditawarkan dengan empat pilihan kemasan berbeza iaitu Essential, Classic, Favoured dan JCW.


Aceman diposisikan antara Cooper dan Countryman. Namun Aceman adalah satu-satunya model yang tidak ditawarkan dalam versi ICE.
Dari segi saiz dan dimensi, Aceman berukuran 4,075 mm (panjang),1,754 mm (lebar) dan 1,495 mm (tinggi), yang menjadikannya SUV sub-kompak (segmen B). Untuk perbandingan, ia 217 mm lebih panjang daripada MINI Cooper dan hanya 354 mm lebih pendek daripada Countryman.

Walaupun ukurannya agak kecil, pasukan reka bentuk MINI mengekalkan prinsip reka bentuk "Penggunaan Ruang yang Bijak" jenama tersebut. Turut diberikan perhatian adalah ciri praktikal ruang kabin Aceman yang boleh memuatkan lima penumpang dan masih menawarkan ruang kargo yang luas mencapai kapasiti 300 liter.

Dari segi mekanikal dan teknikalnya, varian standard, Aceman E menggunakan bateri berkapasiti 40.7 kWj yang menghasilkan kuasa sebanyak 181 hp dan tork 290 Nm kepada roda depan. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak EV sejauh 310 km (WLTP).
Sementara itu, Aceman SE pula dikuasakan oleh bateri berkapasiti lebih tinggi iaitu 54.2 kWj yang menyalurkan output 215 hp dan tork 330 Nm kepada roda depan. Jarak perjalanan yang mampu dicapai varian ini ialah 406 km (WLTP).




Dari segi rekaan, Aceman menggabungkan elemen daripada model 3 pintu, Cooper dan model 5 pintu, Countryman. Ini dapat dilihat daripada penggunaan cladding, pelindung skid dan rel bumbung jenis plastik yang berwarna hitam matte.
Aceman kelihatan lebih kecil dan sporty berbanding Countryman terbaru, dengan bentuk badan yang lebih menjurus ke arah hatchback kompak berbanding SUV. Gaya kontemporari MINI jelas terlihat dalam rekaannya, iaitu unit lampu bersudut, gril oktagonal dan fender yang lebih menyerlah.
Walaupun diberikan beberapa sentuhan baharu, beberapa elemen rekaan ‘klasik’ MINI dikekalkan seperti reka bentuk wraparound greenhouse dan juntaian (overhang) yang rendah.
Berbeza pada model ini ialah penggunaan lampu depan LED dengan tiga mod grafik LED berbeza, serta lampu belakang jenis piksel. Bergantung kepada pilihan kemasan, terdapat tujuh pilihan rim dengan saiz antara 17 ke 19 inci.

Kabin Aceman menyerupai model lebih kecil, Cooper. Di sini terdapat satu skrin sentuh OLED bulat berukuran 9.44 inci. Kebanyakan fungsi kereta telah dimuatkan di dalam satu skrin yang sama, tetapi masih ada beberapa suis dan tombol fizikal untuk memudahkan kawalan.



Skrin infotainmen tengah Aceman ini menggunakan sistem operasi MINI Operating System 9 yang telah diintegrasikan dengan teknologi Intelligent Personal Assistant bernama “Spike.”


Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan 12 sensor ultrasonik dan empat kamera pandangan keliling yang membantu sistem ADAS kereta. Sistem ADAS ini adalah termasuk teknologi Driving Assistant Plus dan Remote Parking.
Selepas penampilan perdana hari ini, MINI Aceman dijangka akan dijual di pasaran utama seperti China, Eropah dan UK terlebih dahulu menjelang hujung tahun ini. Pengeluarannya akan dimulakan di kilang MINI di negara China sebelum diteruskan di kilang Oxford pada tahun 2026 nanti.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



