ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Varian PHEV Audi Q7 & Q8 Dikemaskini – Lebih Kuasa, Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

A241881_large.jpgA241906_large.jpg


Audi baru-baru ini telah mengemaskini kedua-dua model e quattro Q7 (kiri) dan Q8 (kanan) versi PHEV.


Syarikat automotif mewah Jerman, Audi telah mengemaskini varian hibrid plug-in (PHEV) SUV mewah, Audi Q7 dan Q8 yang dibangunkan berdasarkan platform MLB Evo. Perubahan besar dibuat pada bahagian mekanikal kedua-dua model ini yang kini menggunakan bateri baharu dengan kapasiti lebih tinggi 25.9 kWj, serta motor elektrik yang telah dikemaskini.


Sistem elektrik tersebut digabungkan dengan enjin V6 3.0 liter Audi yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Output keseluruhan sistem ini ialah 389 hp dan 600 Nm untuk 55 TFSI e quattro, membolehkannya bergerak dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat. 


A241949_large.jpgA241950_large.jpg


Kedua-dua varian kini menggunakan bateri litium-ion lebih besar, 25.9 kWj, dengan motor elektrik yang diperbaharui. 


A241946_large.jpg


Sistem elektrik kedua-dua varian ini digabungkan dengan enjin V6 3.0 liter. Varian 55 TFSI memiliki kuasa 389 hp dan 600 Nm, manakala 60 TFSI 483 hp dan  700 Nm. 


Sementara itu, varian lebih tinggi dan berkuasa,  60 TFSI e quattro dengan sistem sama mampu menghamburkan kuasa sebanyak 483 hp dan 700 Nm. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 5.0 saat. Kedua-dua varian ini memiliki kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 240 km/j. 


A241894_large.jpgA241892_large.jpgA241911_large.jpgA241913_large.jpg


Dari segi pengecasan, kedua-dua varian PHEV ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 7.4 kW yang mengambil masa 3 jam 45 minit. Dengan cas penuh, menurut Audi, ia boleh mencapai jarak perjalanan yang dijana kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 83 km  (WLTP).


Audi menambah bahawa mod EV kedua-dua varian telah "diberikan talaan semula dengan lebih  baik supaya hanya pergerakan yang dijana oleh bateri sahaja digunakan walaupun pedal minyak ditekan sepenuhnya." Audi juga telah membuat pelarasan semula mod cas untuk memaksimumkan kecekapan dan meminimumkan penggunaan enjin.


A241921_large.jpgA241891_large.jpg


Kedua-dua Q7 dan Q8 e quattro akan dipasarkan di Eropah dan Jerman bermula bulan ini pada harga bermula daripada €85,500 (~RM436,408) di Jerman. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3783

SELANGOR

BSU8465

JOHOR

JG9428J

PULAU PINANG

PSH2351

PERAK

APM7351

PAHANG

CFJ3445

KEDAH

KGJ7196

NEGERI SEMBILAN

NEM5120

KOTA KINABALU

SJV349

KUCHING

QAB9492P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

13-11-2025
Global

04-09-2025
Global

26-08-2025
Global

17-06-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
EV

14-05-2025

Berita Terkini

Global
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global
iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.