Peluang Menangi BMW iX2 di Malaysia Autoshow 2024, Ini Caranya...

BMW Group Malaysia akan menjadi salah satu jenama utama yang akan membuat kemunculan di pameran Malaysia Autoshow 2024 yang akan datang.
BMW Group Malaysia kini sedang melakukan persiapan untuk pameran terbesarnya setakat ini, Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024), yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang, pada 22-26 Mei ini. Selain mempamerkan pelbagai model, BMW turut menawarkan promosi menarik!
INSURANS MOTOR KOMPREHENSIF BMW PERCUMA




Bagi tempahan model-model BMW 3 Series, BMW X, dan BMW i terpilih yang dibuat mulai 1 hingga 31 Mei ini, pelanggan boleh menikmati Insurans Motor Komprehensif BMW selama 1 tahun yang bernilai RM5,000 secara percuma. Bagi yang berminat, boleh kunjungi mana-mana pengedar BMW sah sehingga 31 Mei ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi di atas, termasuk terma dan syarat promosi.
REBAT TUNAI RM10K 'EASY DRIVE'
Selain itu, sepanjang tempoh yang sama, BMW Financial Service Malaysia juga menawarkan Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM10,000 untuk varian terpilih. Pelanggan boleh menghubungi pengedar BMW yang sah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat kempen.
SESI PANDU UJI


Berkenaan acara MAS 2024 yang akan diadakan pada hujung bulan ini, pameran BMW Group Malaysia akan berlangsung di Dewan A2 MAS 2024, di mana pengunjung dapat melihat barisan model terkini BMW. Selain itu, pengunjung pameran juga boleh mengambil bahagian dalam sesi pandu uji untuk model-model BMW dan BMW Motorrad yang terpilih.
PELUANG BAWA PULANG BMW IX2


Sempena MAS 2024 juga, BMW turut mengadakan pertandingan #MAKEITREAL yang menawarkan hadiah sebuah jentera mewah, BMW iX2 xDrive30 M Sport, kepada pemenang yang bertuah.
Cara untuk Menyertai Pertandingan #MAKEITREAL

Untuk peluang membawa pulang BMW iX2 xDrive30 M Sport, anda perlu memuat naik video berdurasi 30 saat di reel Facebook atau Instagram masing-masing dan nyatakan mengapa anda patut memenangi BMW iX2 terbaru.
Peserta mestilah menggunakan sticker ‘BMW MakeItReal’ dan tag @bmwmalaysia serta tiga lagi rakan lain di ruangan kapysen video bersama-sama dengan hashtag #MAKEITREAL.
Pertandingan ini berlangsung dari 6 Mei hingga 5 Jun. Semua peserta yang disenarai pendek akan menerima mesej dan dijemput untuk menghadiri acara cabutan bertuah bagi hadiah utama dan hadiah sagu hati di BMW iX2 Street Playground yang berlangsung pada 22 Jun 2024. Layari laman web rasmi dan Instagram BMW Group Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
PEMBELIAN TIKET MALAYSIA AUTOSHOW 2024
Malaysia Autoshow 2024 akan dibuka kepada umum dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 22 hingga 26 Mei ini. Pembelian tiket boleh dibuat melalui portal tiket rasmi MAS 2024. Anda juga boleh mengunjungi laman web rasmi MAS 2024 untuk maklumat lanjut.

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY6516
SELANGOR
BSK1152
JOHOR
JYK8645
PULAU PINANG
PRV5857
PERAK
APC4390
PAHANG
CFE1290
KEDAH
KGC9419
NEGERI SEMBILAN
NEH5778
KOTA KINABALU
SJN6176
KUCHING
QAB4991M
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.02
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.22
+0.07
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Berita Terkini
Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan
Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.
11-11-2025
SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini
Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.
11-11-2025
Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana
Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap, semalam.
11-11-2025
Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE
Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
11-11-2025
Jalan Mendap: Banyak Jalan Di Jalan Masjid India Terpaksa Ditutup
Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara susulan kejadian mendapan jalan yang berlaku pagi tadi.
10-11-2025
Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari
Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
10-11-2025
15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku
Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.
10-11-2025
LRT Laluan Mutiara Dipanjangkan, Maka Kos Pembinaan Bertambah Mahal
Jajaran laluan projek transit aliran ringan (LRT) laluan Mutiara yang semakin panjang dari bahagian Pulau hingga menyeberangi Seberang Perai akan menyebabkan kos pembinaan semakin mahal.
10-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

