- Berita
- Berita Auto
- MAS 2024: Jenama China, Jetour, Bakal Masuk M'sia, Pertonton 2 SUV, X70 Plus & Dashing Minggu Depan
MAS 2024: Jenama China, Jetour, Bakal Masuk M'sia, Pertonton 2 SUV, X70 Plus & Dashing Minggu Depan
![]()
Satu lagi jenama automotif China bakal menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi, kali ini, sub-jenama Chery, Jetour di bawah syarikat Jetour Automobile Malaysia Sdn Bhd. Jenama ini bakal membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan semasa Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang akan berlangsung minggu depan. Dua model akan diperkenalkan, iaitu SUV X70 Plus dan Dashing.
PERINCIAN SUV X70 PLUS


X70 Plus merupakan sebuah SUV bersaiz sederhana yang ditawarkan dalam dua versi iaitu tempat duduk dua baris (lima tempat duduk) dan tiga baris (tujuh tempat duduk). Dari segi dimensi, X70 Plus mempunyai panjang 4,749 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,720 mm dan jarak roda 2,745 mm.


Untuk enjinnya, dijangka akan menerima spesifikasi yang sama seperti di pasaran antarabangsa lain dengan pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Indonesia. Versi petrol menggunakan enjin 1.6 liter 4 silinder TGDi (Acteco) yang menghamburkan kuasa sebanyak 194 hp dan tork 290 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi auomatik DCT tujuh kelajuan.


Namun kami yakin, disebabkan ini (klik di sini), X70 Plus akan diberikan nama baharu untuk pasaran Malaysia. Kita nantikan MAS 2024 untuk perkembangan selanjutnya…
PERINCIAN SUV DASHING

Selain X70 Plus, Jetour Malaysia juga berhasrat untuk memperkenalkan SUV sporty Dashing ke pasaran kita. Diposisikan sebagai ‘kembar’ sporty dan lebih kecil daripada X70 Plus, Dashing ialah SUV segmen C dengan lima tempat duduk. Dari segi ukuran, Dashing mempunyai kepanjangan 4,590 mm, kelebaran 1,900 mm, ketinggian 1,685 mm dan jarak roda 2,720 mm, tidak jauh berbeza daripada dimensi Chery Tiggo 7 Pro.


Seperti X70 Plus dan Tiggo 7 Pro, Dashing menggunakan enjin 1.6 liter 4 silinder TGDi dengan kuasa 194 hp dan tork 290 Nm. Enjin ini juga dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan yang menggerakkan roda hadapan (FWD).
VARIAN & WARNA YANG DITAWARKAN


Jetour Malaysia akan memperkenalkannya kedua-dua model dalam varian tunggal dengan spesifikasi tertinggi, varian lebih rendah dijangka tiba pada masa akan datang. Dashing dan X70 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan kelabu.
PENDAFTARAN MINAT
Pendaftaran minat (ROI) SUV Dashing dan X70 Plus bakal dibuka menjelang kemunculannya di MAS 2024 tidak lama lagi. Pelancaran rasminya dijadualkan pada suku ketiga atau keempat tahun ini. Unit terawal akan tiba sebagai model import sepenuhnya (CBU) diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD) dalam masa yang terdekat.
RANCANGAN MASA AKAN DATANG



Selain daripada kedua-dua SUV ini, Jetour Malaysia juga akan melancarkan model lain, Jetour T2, dalam suku pertama tahun 2025. Juga dikenali sebagai Jetour Traveller di pasaran China, T2 ialah sebuah SUV bersaiz sederhana yang memiliki kemampuan menempuhi perjalanan off-road.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G
Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.
22-10-2026
Dari Rekaan Kotak, Jetour Kini Tembusi Pasaran Global
SUV Berkotak JETOUR: Gaya Off-Road Kini di Pasaran Global.
15-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026
Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.
09-02-2026
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?
Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.
27-01-2026
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888
Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).
09-11-2025
Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian
Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
20-10-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

