- Berita
- Kereta Baru
- SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K
SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K
![]()
Sebuah model baharu, SUV off-road daripada jenama automotif China, BAIC, BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi. Model ini bakal ditawarkan di pasaran Malaysia dalam satu varian pada harga yang dianggarkan bermula daripada RM180,000.
CIRI MEKANIKAL BJ40 PLUS


BJ40 Plus dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter berpengecas turbo dengan output 221 hp (165 kW) dan tork 380 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan ZF untuk penukaran gear yang lancar. Sistem BorgWarner Part-time Four-wheel Drive menawarkan tiga pilihan operasi iaitu 2H/2L/4L. Ciri lain yang menarik ialah sistem pengendalian yang telah dioptimumkan, membolehkan radius pusingan sehingga 11.6 meter dibuat.
BJ40 Plus menggunakan suspensi Double Wishbone di hadapan yang memberikan lebih kestabilan dan memudahkan pengendalian. Sementara itu, sudut belakang pula diberikan suspensi 5-Link Torsion Beam yang mengurangkan gegaran kenderaan semasa pemanduan, menjanjikan keselesaan yang optimum.
REKAAN


Dari segi dimensi, BJ40 Plus berukuran 4645 mm panjang, 1925 mm lebar, 1871 mm tinggi dan jarak roda 2745 mm. Badan ‘gagah’ SUV ini diberikan pelbagai kit off-road seperti pelindung bawah bampar, cangkuk tunda (depan dan belakang, 4 cangkuk kesemuanya). Untuk memenuhi pelbagai keperluan off-road, bahagian atas depan dan belakang boleh ditanggalkan dengan menggunakan peralatan.


Model ini dipasangkan dengan lampu hadapan kombinasi LED, DRL LED, lampu belakang kombinasi LED, lampu kabus (depan dan belakang). Kelengkapan lain ialah rim aloi berukuran 17 inci dua tona dengan tayar 265/65 R17, pemijak di tepi, cermin sisi dengan fungsi pemanas dan sebagainya.
KABIN



Dari segi teknologi, model ini dilengkapi dengan skrin instrumen 12.3 inci, skrin infotainmen 10 inci, 6 speaker, sambungan Bluetooth, sistem navigasi GPS dan lampu ambien. Untuk simpanan, ruang kargonya boleh dikembangkan daripada 532 liter kepada 965 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
CIRI KESELAMATAN
BJ40 Plus hadir dengan pelbagai ciri keselamatan pasif dan aktif serta dibangunkan daripada ‘anatomi’ bar anti oleng yang membentuk struktur lebih tertutup di bahagian atas kenderaan yang meningkatkan kekukuhan badan. Ini menjamin kerosakan yang minimum di ruangan penumpang sekiranya kenderaan terbalik secara tidak sengaja di laluan ekstrem.
PELANCARAN DI MALAYSIA

BJ40 Plus
BJ40 Plus dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Kami difahamkan bahawa pengilang kenderaan tempatan, EP Manufacturing (EPMB), telah dilantik sebagai rakan kongsi pemasangan tempatan (CKD) untuk jenama BAIC.


SUV crossover X55 (klik sini untuk info lebih lanjut)
Selain BJ40 Plus, model lain yang bakal dilancarkan nanti ialah SUV crossover X55 yang turut dipertontonkan hari ini. Kedua-dua model yang dipamerkan ini adalah dalam versi pra-produksi, bermakna masih terdapat pelbagai kelengkapan dan ciri yang belum ditetapkan. Lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya. Nantikan berita selanjutnya daripada CariCarz.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

