Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul

Syarikat automatif dari China, BAIC melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan model pertama mereka berbentuk SUV, Polestone 01 di tanah airnya sendiri baru-baru ini.
Melihat reka bentuknya, ia saling tidak tumpah seperti Land Rover Defender. Namun adakah ia bakal menyaingi jenama itu nanti?
Mampu atau tidak, berikut adalah info mengenai Polestone 01.
Untuk makluman anda, Polestone 01 didatangkan dalam dua varian dimana ada enam tempat duduk dan satu lagi tujuh tempat duduk.

Mengenai ukuran dimensinya, ia menampilkan ukuran sepanjang 5,050, lebar 1,980 mm, tinggi 1,869 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,010 mm.

Ukuran ini menjadikan Polestone 01 hampir sama saiz dengan pesaing dari Eropah, Land Rover Defender 130 serba baharu.
Penampilan luaran SUV ini menampilkan siluet berkotak namun idea pasukan reka bentuk Automobili Pininfarin wajar dipuji.
Ini kerana mereka mengolah reka bentuk Polestone 01 dengan begitu baik memandangkan kebanyakan rekaannya diinspirasikan daripada Defender.

Jika diamati dengan betul, bahagian hadapannya kelihatan sama dengan Kia EV9 dimana lampu depannya berbentuk L, ada gril besar dengan pelindung bawah badan, pemijak sisi, rel bumbung dan rim aloi berkembar lima jejari.
Di bahagian belakang pula, Polestone 01 dipasang dengan roda ganti pada pintu belakang, manakala lampu belakangnya juga berbentuk Y.
Polestone 01 ini juga turut menampilkan kabin yang cukup luas.

Di bahagian papan pemukanya, terdapat paparan infotainmen bersaiz besar yang dilengkapi dengan konsol tengah terapung yang menempatkan tuil gear.
Terdapat juga pad pengecasan wayarles, serta beberapa ruang penyimpanan.
Sebaliknya, penduduk belakang juga menerima skrin infotainmen manakala barisan kedua mendapat tempat duduk gaya kapten dengan fungsi pemanas dan ada sambungan untuk sandaran kaki.


Kedua-dua barisan tempat kedua dan ketiga boleh dilipat dan membuatkan ruang butnya menjadi lebih luas.


Apa yang cukup menarik ialah, Polestones 01 memiliki ruang dapur kecil di bahagian pintu tailgate belakang dengan ciri seperti dapur induksi, ruang storan perkakasan memasak, serta water dispenser.

Selain bercerita mengenai kelengkapan jentera ini, ada benda penting yang perlu dikongsikan iaitu trenkuasanya.
Polestone ini disumbat dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 469 hp dan 740 Nm.
Selain itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.5 saat dan pek bateri 56 kWj pula memberikan jarak gerak sifar emisi sejauh 235 km.
Buat masa ini, harga Polestone masih belum didedahkan dan syarikat itu juga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pasaran mana yang akan menerima SUV itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K
Jenama automotif China, BAIC, hari ini telah mempertontonkan SUV X55. Ini spesifikasinya...
16-05-2024
SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K
BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi, ini spesifikasinya SUV ranggi yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi...
16-05-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

