GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!
-full.webp)
Acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) ke-31 yang telah bermula semalam, menampilkan pelbagai model baharu yang membuat penampilan sulung bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di seluruh rantau ASEAN. Salah satu model tersebut ialah Kia Carnival generasi keempat versi facelift, yang kini hadir dengan pilihan hibrid.


Model yang telah dipertontonkan buat pertama kali di Singapura awal tahun ini, telah dibuka tempahannya di Indonesia sejak Mei lalu, dan kali ini, ia muncul di khalayak secara rasmi di GIIAS.
Pilihan Enjin Kia Carnival Facelift di Pasaran Indonesia
Untuk pasaran Indonesia, Carnival facelift ditawarkan dalam versi enjin turbodiesel 2.2 liter 4 silinder SmartStream dan juga hibrid.
Untuk model separa elektriknya yang menggunakan trenkuasa hibrid dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter 4 silinder turbo yang lebih kecil dan efisien, digabungkan dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan, dibantu oleh transmisi automatik enam kelajuan.
-full.webp)
Gabungan sistem ini menghasilkan 242 hp dan 367 Nm. Kuasa kudanya lebih tinggi namun tork maksimumnya pula lebih rendah berbanding model diesel. Untuk makluman, versi enjin turbodiesel SmartStream menghasilkan output 191 hp dan 441 Nm.
Reka Bentuk Kia Carnival Facelift Indonesia
Secara visual, Carnival facelift ini menerima sedikit perubahan reka bentuk, dengan penambahan unit lampu baharu yang diilhamkan oleh SUV elektrik andalan (flagship) Kia, Kia EV9. Bergantung kepada varian, Carnival untuk pasaran Indonesia ini dilengkapi dengan rim aloi 18 inci atau 19 inci. Rim berukuran 19 inci direka dengan jejari yang lebih tertutup.
Kabin Kia Carnival Facelift Indonesia


Untuk susunan tempat duduk, Carnival versi Indonesia hadir dalam dua konfigurasi iaitu tiga baris dengan tujuh tempat duduk (2-2-3) atau empat baris dengan 11 tempat duduk (2-3-3-3). Khas bagi model tujuh tempat duduk ialah tempat duduk untuk barisan kedua diberikan fungsi pelarasan automatik dan pengudaraan.


Kesemua varian Carnival di Indonesia dilengkapi dengan dua skrin berukuran 12.3 inci, tempat duduk hadapan boleh laras automatik bersama fungsi pemanasan dan pengudaraan, dua bumbung suria, kawalan pendingin hawa tiga zon, pad pengecasan tanpa wayar, sistem audio Bose 12 speaker dan banyak lagi.
Harga & Pelancaran di Indonesia
-full.webp)
Kia Carnival facelift ini ditawarkan di Indonesia pada harga yang bermula daripada IDR 998 juta (~RM288,295) untuk varian diesel Premiere, manakala model hibrid yang tertinggi berharga IDR 1.388 bilion (~RM400,955).
Potensi Pelancaran Kia Carnival Facelift di Malaysia

Buat masa ini, Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto) belum mengumumkan sebarang rancangan untuk memperkenalkan Carnival facelift di negara kita yang kini masih memasarkan model diesel pra-facelift generasi keempat.
Dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel oleh kerajaan baru-baru ini, mungkin inilah masa yang terbaik untuk memperkenalkan Carnival HEV di Malaysia?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888
Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.
15-01-2026
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?
Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.
09-01-2026
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan
Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.
12-12-2025
Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!
Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.
07-10-2025
Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV
Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.
17-09-2025
Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat
Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.
15-08-2025
Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk model Kia Carnival.
15-10-2024
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
