GIIAS 2024: Toyota Prius Generasi Ke-5 Diperkenalkan – Versi HEV & PHEV
-full_normal.webp)
Selain Kia Carnival facelift versi hibrid, acara automotif besar-besaran, Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) ke-31 turut menyaksikan pelancaran model baharu ke pasaran Indonesia, Toyota Prius generasi kelima. Prius yang dipertontonkan sempena pelancaran model ini ialah versi hibrid (HEV) dan plug-in hibrid (PHEV).
Prius HEV
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Untuk pasaran Indonesia, Prius HEV menggunakan trenkuasa hibrid 1.8 liter dan bukannya varian 2.0 liter seperti di pasaran Jepun. Trenkuasa yang juga digunakan pada Corolla Cross Hybrid, terdiri daripada enjin petrol kitaran Atkinson VVT-i 2ZR-FXE aspirasi natural 4 silinder 1.8 liter yang digabungkan dengan motor elektrik tunggal dan transmisi automatik e-CVT, memberikan output sistem keseluruhan sebanyak 138 hp.
Prius PHEV
-full.webp)
Walaupun Toyota Indonesia belum membuka tempahan untuk Prius PHEV, model ini turut dipamerkan di GIIAS 2024. Versi trenkuasa ini pertama kalinya ditawarkan pada model Prius generasi kelima. Sistem PHEV ini menggunakan enjin petrol Dynamic Force aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter dengan output 149 hp dan 188 Nm, digabungkan dengan motor elektrik yang lebih berkuasa pada output 161 hp dan 208 Nm.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Menggunakan bateri 13.6 kWj, Prius PHEV mempunyai output sistem keseluruhan sebanyak 220 hp dan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya mencecah 105 km. Selain menggunakan enjin petrol Dynamic Force sebagai penjana, bateri kecil ini juga boleh dicas melalui pengecas AC sehingga 3.7 kW, yang mengambil masa kira-kira empat jam dan 30 minit untuk dicas sepenuhnya.
Reka Bentuk & Platform
-full_normal.webp)
Menggunakan platform TNGA yang telah diperbaharui, Prius generasi kelima ini lebih sporty dan elegan berbanding versi terdahulu. Ia tampil dalam gaya badan hatchback yang anggun dengan rupa depan hammerhead yang merupakan sentuhan eksklusif Toyota.
Prius generasi terbaru ini telah meraih banyak anugerah antarabangsa sejak diperkenalkan buat pertama kali pada Disember 2022, termasuk Anugerah Kereta Terbaik Jepun 2023/24 dan Anugerah Kereta Terbaik NACTOY 2024.
-full_normal.webp)
Untuk pasaran Indonesia, Prius ditawarkan dalam warna kuning mustard, tetapi hanya dengan rim standard 17 inci berbanding rim lebih besar dan sporty yang terdapat di pasaran lain.
Kabin & Teknologi
Prius generasi kelima berkongsi banyak ciri yang sama dengan SUV elektrik, Toyota bZ4X untuk ruang dalamannya seperti kluster instrumen digital yang dipasang tinggi. Namun, pasaran Indonesia hanya mendapat unit infotainmen kecil berukuran 9 inci yang terletak di atas corong pendingin hawa tengah, berbeza dengan pasaran lain yang menggunakan unit 12.3 inci.
Baca: Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
Ciri Keselamatan ADAS
Walaupun begitu, pengguna di Indonesia masih mendapat pakej lengkap ADAS dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense 3.0. Ciri ADAS yang ada termasuk brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), lampu tinggi automatik (AHB) dan banyak lagi.
Harga dan Pelancaran
Prius HEV boleh dibeli melalui tempahan inden (indent order) iaitu penerimaan stok hanya selepas tempahan dengan waktu menunggu minimum selama 3 bulan pada harga IDR 698 juta (~RM201,613). Harga yang berpatutan memandangkan model ini diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang Toyota di Tsutsumi, Aichi, Jepun.
Potensi Pelancaran di Pasaran Malaysia
-full.webp)
-full.webp)
Dengan pelancaran Prius generasi kelima baru di rantau ASEAN, timbul persoalan bilakah model hibrid ini akan memasuki pasaran Malaysia. Pengedar Toyota tempatan, UMW Toyota Motor (UMWT), telah mempertontonkan Prius terbaru ini dalam versi sporty, 24 Hour Le Mans Centennial GR Edition, semasa acara Beyond Zero pada awal tahun ini, jadi ada kemungkinan model ini akan tiba di pasaran kita dalam masa terdekat.
Baca: GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Prius Tampil Ganas
Toyota Gazoo Racing mahu mendedahkan Toyota Prius Hybrid yang sudah dinaik taraf.
07-06-2023
Toyota Jepun Dedah Model Hibrid, Bakal Ditayangkan Pada 16 November Ini
Toyota Jepun menyiarkan sekeping gambar teaser yang cukup misteri kerana hanya terdapat lakaran putih berupa sebuah kereta di laman Instagram dan Facebook rasmi syarikat itu.
10-11-2022
Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!
Toyota kini menambah 'ahli' baharu dalam barisan kereta Toyota melalui pengenalan kereta edisi khas Prius, Nightshade bagi tahun 2022.
08-10-2021
Toyota Prius Cukup Luar Biasa, Boleh Cas Guna Tenaga Solar
Toyota Jepun akhirnya mendedahkan Toyota Prius 2023 semalam.
17-11-2022
Toyota Prius Cukup Luar Biasa, Boleh Cas Guna Tenaga Solar
Toyota Jepun akhirnya mendedahkan Toyota Prius 2023 semalam.
17-11-2022
Berita Terkini
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu
Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.
20-07-2026
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
