- Berita
- Berita Auto
- Malaysia Berpotensi Jadi Hab Automotif ASEAN – Manfaatkan Teknologi, Tingkatkan Produktiviti
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Automotif ASEAN – Manfaatkan Teknologi, Tingkatkan Produktiviti
-full.webp)
Malaysia berpotensi untuk menjadi hab automotif bagi ASEAN dengan strategi meningkatkan eksport kereta dan alat ganti. Syarikat automotif dan alat ganti tempatan perlu bekerja keras untuk meningkatkan eksport kereta bagi mencapai skala ekonomi dan menawarkan alat ganti pada harga lebih kompetitif. Peningkatan volum jualan dapat mengurangkan kos pengeluaran, menjadikannya lebih berdaya saing berbanding negara serantau.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, menekankan pentingnya untuk pengilang peralatan asal (OEM) bukan sahaja mengeksport kereta tetapi juga alat ganti dan komponen.
Kos Di Malaysia Lebih Tinggi
-full.webp)
-full.webp)
Menurutnya, buat masa ini, kos rantaian bekalan Malaysia adalah 30% lebih tinggi berbanding China, dan 10% lebih tinggi berbanding Thailand.
Kos berbeza mengikut struktur kos, model kereta dan ekosistem rantaian bekalan syarikat, kata Azrul sebagai respons terhadap laporan bahawa kos rantaian bekalan Malaysia adalah jauh lebih tinggi berbanding China dan Thailand, seperti yang dinyatakan oleh Li Shufu, Pengerusi Geely Holding Group.
-full.webp)
Tambah Azrul, Malaysia perlu menumpukan kepada banyak aspek untuk bersaing dengan jumlah pengeluaran industri (TPV) China dan Thailand yang jauh lebih tinggi.
Pakar industri, termasuk pengeluar kereta, penyelidik dan ahli ekonomi, bersetuju bahawa peningkatan jumlah eksport adalah penting untuk Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab automotif serantau, dengan memanfaatkan lebih 700 juta pengguna di ASEAN.
Walaupun terdapat pertumbuhan yang ketara, industri automotif Malaysia masih mempunyai perjalanan yang panjang. Jumlah pengeluaran terbesar negara ini (TPV) adalah 775,000 kenderaan, berbanding 30 juta di China dan 1.8 juta di Thailand.
Transformasi & Teknologi Digital
-full.webp)
Azrul Reza menyarankan syarikat Malaysia melakukan transformasi dengan menggunakan teknologi Industri 4.0 (IR4.0) untuk menangani cabaran. Penyelesaian digital dapat meningkatkan kecekapan dan mempercepat penambahbaikan dalam penyelidikan dan pembangunan.
Membangunkan Kecekapan & Produktiviti
-full.webp)
Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain, menyatakan bahawa industri automotif tempatan perlu membangunkan kecekapan dalam kualiti, kemampuan dan produktiviti alat ganti dengan mengembangkan volum eksport dan meningkatkan kapasiti OEM.
Menurutnya, "Walaupun Malaysia mempunyai rantaian bekalan automotif yang agak berpengalaman, sejak lebih 50 tahun lalu, kos untuk membina, atau merancakkan pembuatan komponen dengan teknologi baharu adalah sangat tinggi.
"Kaedah paling berkesan bagi mewajarkan pelaburan ini adalah untuk Malaysia meletakkan kedudukannya sebagai hab eksport," katanya.
Sumber: Bernama
Baca: Pelaburan RM1 Bilion Chery Melonjakkan Sektor Automotif Malaysia
Baca: Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5825
SELANGOR
BSV1479
JOHOR
JH4675J
PULAU PINANG
PSH4272
PERAK
APM9807
PAHANG
CFJ4176
KEDAH
KGJ8372
NEGERI SEMBILAN
NEM5997
KOTA KINABALU
SJV2037
KUCHING
QAB302Q
Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2024 Terima 2,620 Tempahan Kenderaan
Malaysia Autoshow 2024 telah memecah rekod paras transaksi bernilai bilion ringgit dengan OEM.
29-05-2024
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Berita Terkini
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

