- Berita
- Kereta Baru
- SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000
SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

Sebentar tadi, Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Jaecoo dan bukan Chery? Menurut Chery Malaysia, syarikatnya kini akan memegang model untuk pasaran massa manakala Jaecoo Malaysia pula akan mengendalikan model yang lebih mewah dan C9 memiliki ciri yang ada dalam “DNA Jaecoo.”
TRENKUASA & PRESTASI OMODA C9

SUV premium segmen D, Omoda C9 yang dipertontonkan sebentar tadi akan ditawarkan dalam dua versi iaitu pacuan dua roda (2WD) dan pacuan semua roda (AWD).
Model ini dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder sebaris 2.0 TGDI yang mampu menghasilkan 257 HP dan 400 Nm. Versi pacuan semua roda (AWD) ditawarkan dengan tujuh mod pemanduan yang membolehkannya menempuh jalan bandar dan juga laluan off-road.

Diberikan sistem suspensi adaptif canggih yang terdiri daripada strut McPherson di hadapan dan suspensi berbilang pautan di belakang, membolehkan C9 disesuaikan untuk pelbagai keadaan laluan.
Sistem ini turut disokong oleh teknologi Continuous Damping Control (CDC), yang menyesuaikan suspensi secara langsung berdasarkan maklum balas setiap sensor dalam milisaat. Ciri ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi juga memastikan pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan selamat dalam semua situasi.
Kemampuan C9 tidak terhenti di situ, memiliki jarak kelegaan tanah 165 mm membolehkannya meredah air yang berkedalaman maksimum 450 mm.
REKA BENTUK OMODA C9


Dari segi dimensi, Omoda C9 berukuran 1,671 mm tinggi, 1,920 mm lebar, 4,775 mm panjang dengan jarak roda 2,800 mm. Ini meletakkannya sebagai pesaing kepada Chery Tiggo 8 Pro dan Proton X90 serta lebih besar daripada Honda CR-V.
Omoda C9 diberikan pelbagai sentuhan mewah yang membuatkannya menyerlah walaupun hanya daripada pandangan pertama. Sudut depannya tampil futuristik dengan gril ambilan udara matriks berlian dengan lampu nyalaan siang (DRL) dalam rekaan sigma. Lampu depan yang digunakan ialah jenis LED dengan teknologi kawalan adaptif pintar. Dari tepi, SUV ini diberikan rim aloi berbilang bilah R20 dan tayar Michelin prestasi tinggi 245/50.
KABIN OMODA C9





Bergerak masuk bahagian kabin C9, aura mewahnya makin terserlah dengan balutan kulit premium dapat dilihat pada segenap ruang kokpit. Model ini hadir dengan ciri pencahayaan ambien ritma aktif ritma untuk pengalaman pemanduan yang lebih imersif. SUV ini turut dipasangkan dengan cermin depan akustif yang membantu mengurangkan tahap kebisingan di dalam kenderaan.
Ruang kabin C9 sarat pelbagai teknologi dan kelengkapan seperti skrin infotainmen HD berukuran 24.6 inci, pedal penukar gear pada stereng, papar pandu (HUD) dengan sistem pengawasan pemandu (DMS) dan ciri navigasi, pad pengecas tanpa wayar, serta kawalan pendingin hawa 3 zon yang hadir dengan sistem haruman dan kualiti udara.
Untuk keselesaan yang maksimum, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada 8 arah secara automatik. Tempat duduk barisan hadapan juga memiliki ciri pengudaraan. Selain itu, varian AWD diberikan sistem audio keliling 14 speaker dengan speaker khas terpasang pada tempat duduk pemandu.
Model ini juga praktikal kerana menawarkan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 660 liter hingga 1,783 liter.
KESELAMATAN OMODA C9


Sebagai sebuah model premium, selain ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara, C9 hadir dengan pelbagai teknologi keselamatan penting yang ditawarkan melalui pakej keselamatan ADAS 2.5 yang merangkumi Pengesanan Titik Buta (BSD), Amaran Pembukaan Pintu (DOW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Bantuan Pertukaran Lorong (LCA) dan Bantuan Mengekalkan Lorong Kecemasan (ELKA).
SUV yang dibangunkan daripada keluli berkekuatan tinggi ini turut didatangkan dengan DVR terbina dalam (built-in) yang jelas serta paparan keliling 540 darjah.
HARGA JUALAN OMODA C9


Akan dipasang secara CKD di kilang Chery di Shah Alam, Omoda C9 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada Disember 2024 ini pada harga tentatif RM185,000 untuk versi pacuan dua roda (2WD) dan RM195,000 untuk pacuan semua roda (AWD).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


