Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?
-full.jpg)

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Chery Omoda 5 baru-baru ini berjaya meraih penarafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Ini merupakan model pertama jenama tersebut yang dinilai menggunakan protokol ujian pelanggaran baharu 2021-2025 ASEAN NCAP, di mana SUV kompak ini mencatatkan skor keseluruhan yang cemerlang iaitu 88.64 mata.
Perbandingan Skor dengan Pesaing Tempatan
Untuk memberikan gambaran sebenar prestasi Omoda 5, kami membandingkannya dengan beberapa pesaing tempatan dalam segmen yang sama, termasuk Toyota Corolla Cross, Proton X50, Honda HR-V dan Mitsubishi XForce yang bakal dilancarkan kelak.



Dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Omoda 5 mencatatkan 36.77 mata daripada 40 mata, dengan skor penuh untuk subkategori Teknologi Perlindungan Kepala (HPT) dan impak sisi. Model lain iaitu Honda HR-V dan Mitsubishi XForce masing-masing mencatatkan 35 dan 34.89 mata dalam kategori ini.


Namun, Toyota Corolla Cross dan Proton X50 masing-masing mencatatkan skor lebih tinggi iaitu 45.85 dan 43.64 mata. Bagaimanapun, kedua-dua model ini diuji menggunakan protokol lama 2017-2020, yang menetapkan berat maksimum sebanyak 50% berbanding 40% untuk kategori AOP dalam protokol terkini.
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
Dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Omoda 5 mencatatkan 17.36 mata daripada 20, dengan skor penuh dalam subkategori perlindungan hadapan dan sisi. Ini menempatkan Omoda 5 di atas Mitsubishi XForce (17.03 mata), tetapi di belakang HR-V (17.81 mata), sebahagiannya disebabkan ketiadaan ciri Pengesanan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD). Namun begitu, skor tinggi Omoda 5 tetap melayakkannya untuk meraih penarafan lima bintang dalam kategori COP.
Kategori Bantuan Keselamatan (SAT)

Untuk kategori Bantuan Keselamatan (SAT) menyaksikan Omoda 5 berjaya mengumpulkan 19.51 daripada 20 mata, menjadikannya model dengan skor paling tinggi berbanding pesaingnya dalam segmen sama. SUV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif yang komprehensif. Skor penuh diperoleh dalam hampir semua subkategori, termasuk Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Peringatan Tali Pinggang Keselamatan (SBR).
Keselamatan Penunggang Motosikal (MS)

Dalam kategori terbaru, Keselamatan Penunggang Motosikal (MS), Omoda 5 juga mencatatkan prestasi cemerlang dengan 15 daripada 20 mata, mengatasi HR-V (10 mata) dan XForce (12.39 mata). Omoda 5 turut menerima skor penuh dalam subkategori Pengesanan Titik Buta (BSD/BSV), Lampu Tinggi Automatik (AHB) serta Perlindungan Pejalan Kaki.
Skor Keseluruhan
-full.jpg)
-full.jpg)
Walaupun beberapa pesaing seperti Proton X50 dan Corolla Cross tidak dinilai dalam kategori MS kerana diuji di bawah protokol lama, Omoda 5 tetap menunjukkan prestasi yang baik dalam semua kategori ASEAN NCAP. Dengan skor keseluruhan yang cemerlang, Omoda 5 membuktikan dirinya sebagai SUV segmen B paling selamat di pasaran tempatan.
Chery Omoda 5 di Malaysia


Chery Omoda 5 dijual daripada harga RM99,800 hingga RM118,800. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Chery Malaysia atau melalui ulasan kami sebelum ini di Carz.com.my.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!
Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.
06-01-2026
Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery
Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.
04-04-2025
Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x
Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.
26-12-2024
Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas
Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.
18-09-2024
Thinaah Pilih Omoda 5, Chery Tawar Diskaun 30% Tapi Hanya Untuk
Atlet badminton negara, Thinaah Muralitharan menerima Chery Omoda 5 berwarna hitam yang ditempahnya baru-baru ini.
10-09-2024
Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
12-08-2024
Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik
Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.
25-06-2024
Omoda 5: Tinggal Lagi 25 Kereta Untuk Diperiksa
Sebanyak 575 unit kenderaan Chery Omoda 5 yang disyaki terlibat isu kegagalan gandar, sudah pun diperiksa.
29-05-2024
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
