Aston Martin Vanquish 2024 Kini di Malaysia – Dari RM5 Juta

Hanya beberapa bulan selepas pelancaran globalnya, Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan Aston Martin Vanquish generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Model super-GT ikonik ini dikeluarkan dalam unit terhad, hanya 1,000 buah dihasilkan di seluruh dunia, dengan harga bermula dari RM5 juta sebelum aksesori dan pilihan tambahan lain.
V12 Paling Berkuasa Dalam Sejarah Aston Martin


Seperti sebelum ini, Vanquish 2024 masih dikuasakan oleh enjin V12, namun kali ini dengan sistem turbo kembar 5.2 liter terbaru yang menghasilkan kuasa sehingga 824 hp (835 ps) dan tork 1,000 Nm, menjadikannya model paling berkuasa dalam sejarah 111 tahun Aston Martin.
Baca: Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF, yang menyalurkan kuasa kepada roda belakang melalui komponen pembeza gelincir terhad (limited-slip differential) jenis elektronik.
Dengan gabungan ini, Vanquish mampu memecut daripada 0-96 km/j dalam hanya 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 344 km/j, menjadikannya model versi pengeluaran paling pantas yang pernah dihasilkan Aston Martin.
Selain enjin yang mengagumkan, Vanquish generasi baharu ini dilengkapi pelbagai peningkatan mekanikal, termasuk penggunaan penyerap hentak Bilstein DTX, bar anti-olengan lebih tebal, brek karbon seramik, kehadiran sistem kawalan kestabilan elektronik baharu dan sistem stereng kuasa yang telah diperhalus.
Reka Bentuk Ikonik






Dari segi reka bentuk, Vanquish 2024 hadir dengan beberapa rekaan elemen baharu yang menyerlah, termasuk gril depan yang 13% lebih besar berbanding DBS Superleggera, lampu LED berbentuk titisan air mata (teardrop-shape), spoiler gaya ‘Kamm Tail’ di belakang, dan penggunaan rim aloi berukuran 21 inci dengan tayar Pirelli P Zero.
Gaya badan Aston Martin Vanquish yang unik bukan sekadar untuk kelihatan menarik semata-mata, kerana setiap sentuhan yang diberikan membantu mengurangkan rintangan angin dengan ketara. Ini menjadi lebih efektif apabila digabungkan dengan lubang udara khas (thermos louvres) di bahagian hud depan kereta. Kedua-dua elemen ini bekerjasama untuk meningkatkan aerodinamik yang sekaligus memaksimumkan prestasi jentera apabila dipandu laju.
Kabin Mewah yang Sarat Teknologi Canggih




Bukan hanya menawarkan enjin berkuasa tinggi, ruang kabinnya juga menjanjikan kepuasan maksimum dengan kehadiran pelbagai ciri mewah dan teknologi penting seperti tempat duduk depan yang diberikan balutan Alcantara dan kulit separa anilin. Tempat duduk ini boleh dilaraskan kepada 16 arah untuk keselesaan optimum.
Ciri menarik lain ialah sistem audio 15 speaker Bowers & Wilkins, bumbung kaca panoramik penuh serta kluster digital dan skrin infotainmen yang masing-masing berukuran 10.24 inci.
Tampil Lebih Eksklusif

Seperti model Aston Martin lain, pembeli boleh menjadikan model Vanquish lebih eksklusif melalui perkhidmatan personalisasi yang ditawarkan oleh Q by Aston Martin.
Harga & Waranti
Vanquish 2024 kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM5 juta sebelum aksesori dan pilihan tambahan lain. Harga ini termasuk waranti kilang selama tiga tahun, dengan pilihan waranti lanjutan sehingga 20 tahun, untuk ketenangan fikiran pemilik.
Baca: Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN6329
SELANGOR
BSM8273
JOHOR
JYS3382
PULAU PINANG
PSA1697
PERAK
APF5734
PAHANG
CFF5301
KEDAH
KGE5401
NEGERI SEMBILAN
NEJ6419
KOTA KINABALU
SJQ5620
KUCHING
QAB3518N
Terakhir Kemas Kini 01 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!
Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.
03-09-2024
Lamborghini Revuelto: HPEV V12 1,000 HP Didedahkan!
Syarikat pengeluar kereta sport mewah dari negara Itali, Lamborghini, kini telah secara rasminya memasuki era baharu, era elektrik dengan pendedahan model V12 terkini.
30-03-2023
Pagani Utopia, Hypercar Manual 852 HP, Ada Kaitan Dengan Leonardo da Vinci?
Segalanya yang anda perlu tahu tentang Pagani Utopia.
14-09-2022
Berita Terkini
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800
Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.
13-02-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000
OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.
06-02-2026
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000
OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.
06-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
