Pagani Utopia, Hypercar Manual 852 HP, Ada Kaitan Dengan Leonardo da Vinci?

Beberapa hari lalu, sebuah hypercar yang diinspirasikan daripada karya pelukis agung, Leonardo da Vinci, Pagani Utopia telah diperkenalkan.

Model ini dipertontonkan buat pertama kalinya di Muzium Sains & Teknologi Kebangsaan Itali di Milan yang menempatkan galeri Leonardo, pameran kekal terbesar da Vinci.
Menurut pengasas syarikat Pagani Automobili, Horacio Pagani, "[Da Vinci] merupakan pengaruh besar dalam hidup saya sejak kecil lagi, beliau ialah inspirasi kepada konsep asas Seni dan Sains yang membimbing kerja kami.
"Oleh itu, [peluang] untuk berada di dalam muzium yang membawa namanya dan memiliki lukisan beliau bersebelahan dengan kereta ini melahirkan emosi yang tidak dapat saya gambarkan."
REKAAN PAGANI UTOPIA

Mengambil masa kira-kira enam tahun untuk dibangunkan, model yang menggantikan Pagani Huayra ini tampil dengan rekaan estetik yang ringkas namun dalam masa yang sama mengekalkan elemen aerodinamik yang penting untuk memberikan keseronokan kepada pemandu.



Menjelaskan konsep rekaannya, Horacio berkata model ini direka berdasarkan tiga idea penting iaitu “kesederhanaan, keringanan dan keseronokan pemanduan.”


Ringan, ini merupakan salah satu ciri penting sebuah kereta prestasi. Berapa ringankah hypercar ini? Gabungan struktur asas Carbo-Titanium (sejenis komposit campuran dan logam berkekuatan tinggi yang dipatenkan oleh Pagani), badan daripada karbon ringan dan subkerangka aloi krom memberikannya berat keseluruhan hanya 1,280 kilogram!



KABIN PAGANI UTOPIA

Bergerak ke bahagian dalam, Utopia hanya menggunakan satu skrin yang terletak antara meter kelajuan analog (speedometer) dan takometer (penunjuk RPM). Tiada paparan infotainmen, Pagani memenuhkan konsol tengah dengan barisan instrumen, suis dan kawalan HVAC.


Yang menariknya, kesemua butang kawalannya bercahaya, menunjukkan tumpuan mendalam yang diberikan Pagani kepada setiap aspek kereta yang dihasilkan.

Selain itu, tempat duduk kereta dan papan pemukanya dibalut dengan kulit potongan tangan Itali, menonjolkan lagi gaya mewah hypercar ini.

PRESTASI PAGANI UTOPIA

Seperti Huayra, model ini turut dikuasakan oleh enjin yang dibangunkan oleh Mercedes-AMG iaitu enjin V12 6.0L berpengecas turbo kembar dengan output 852 hp (635 kW) pada 6,000 rpm dan 1,100 Nm tork pada 2,800 ke 5,900 rpm.


Pembeli boleh memilih transmisi manual automatik tujuh kelajuan yang menurut Pagani ialah kotak gear terpantas dengan gear heliks. Turut ditawarkan, versi transmisi manual tujuh kelajuan biasa dengan pedal klac.
HARGA PAGANI UTOPIA

Hanya terhad kepada 99 unit, Pagani Utopia dijual pada harga kira-kira £2.2 juta (RM11.45 juta).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aston Martin Vanquish 2024 Kini di Malaysia – Dari RM5 Juta
Hanya beberapa bulan selepas pelancaran globalnya, Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan Aston Martin Vanquish generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.
25-11-2024
Lamborghini Revuelto: HPEV V12 1,000 HP Didedahkan!
Syarikat pengeluar kereta sport mewah dari negara Itali, Lamborghini, kini telah secara rasminya memasuki era baharu, era elektrik dengan pendedahan model V12 terkini.
30-03-2023
Berita Terkini
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
