Dengan Kit Badan, Toyota Crown Sport Tiada Beza Dengan Ferrari Purosangue?
-full-full_normal.jpg)
Toyota sebelum ini telah memberikan kejutan apabila memperkenalkan Toyota Crown generasi ke-16 dengan pelbagai pilihan gaya badan iaitu Crossover, Sport, Sedan dan Estate.

Ferrari Purosangue
Daripada kesemua bentuk badan ini, versi yang paling mencuri perhatian ialah Toyota Crown Sport kerana hampir menyamai Ferrari Purosangue, model empat pintu yang ‘penuh kontroversi’ kerana Ferrari menggelarnya sebagai “GT empat pintu Ferrari” dan bukannya SUV.
Kit Badan Aero Over: Diinspirasikan Daripada Ferrari?



Kit badan talaan Aero Over ini dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2025 (TAS 2025)
Perbezaan antara kedua-dua kenderaan ini menjadi lebih ‘kabur’ dengan kehadiran kit badan talaan Aero Over dari Jepun. Kit badan ini menjadikan Toyota Crown Sport hampir menyerupai Ferrari Purosangue.
Kit tersebut dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2025 (TAS 2025) dan terdiri daripada beberapa elemen menarik termasuk splitter hadapan, diffuser belakang, ekzos quad baharu, logo gaya Ferrari dan rim potongan berlian.
Perincian Modifikasi
Kit badan ini menggunakan bahan plastik yang diperkuat dengan gentian (fibre-reinforced plastic) untuk splitter hadapan dan diffuser belakang, memberikan gaya badan yang lebih agresif dan sporty. Selain itu, kaliper brek berwarna kuning dan logo gaya Ferrari pada pintu but melengkapkan lagi pakej ini.
‘Ferrari’ Yang Lebih Mampu Milik?
Secara keseluruhannya, Aero Over berjaya menghasilkan sebuah kenderaan yang seakan ‘penghormatan’ kepada Ferrari Purosangue, namun dengan harga yang jauh lebih rendah. Menariknya, Toyota Crown Sport diperkenalkan pada Julai 2022, iaitu tiga bulan lebih awal daripada kemunculan pertama Ferrari Purosangue.
Harga Kit Aero Over Di Jepun






Tidak termasuk kos pemasangan, kit badan Aero Over ini kini dijual di Jepun dengan harga berikut:
- Splitter hadapan dan diffuser belakang: ¥250,000 (~RM7,145)
- Ekzos quad baharu: ¥205,000 (~RM5,859)
- Logo gaya Ferrari: ¥8,500 (~RM166)
- Pelekat but: ¥2,000 (~RM57)
Untuk mendapatkan ‘aura Ferrari’ ini, pembeli perlu membayar kos tambahan kit badan Aero Over atas harga asas Toyota Crown Sport yang bermula dari ¥5.9 juta (~RM168,599) di Jepun.
Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan ini masih jauh lebih murah berbanding harga Ferrari Purosangue, yang dikatakan bermula pada kira-kira RM5 juta untuk pembeli yang diundang secara eksklusif.
Baca: Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Crown Sport: Harga Bikin Lemah Semangat
Toyota Crown Sport, rasanya masuk tak Malaysia?
20-12-2023
Reka Bentuk Toyota Crown Macam Ferrari?
SUV hibrid sporty ini merupakan sebahagian daripada barisan Crown yang telah diubah suai.
09-10-2023
Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV
Toyota melancarkan secara rasminya Toyota Crown Estate di pasaran Jepun, baru-baru ini.
17-03-2025
Bye, Bye Camry, Pengeluaran Toyota Camry Dihentikan Di Tanah Airnya Sendiri
Pengeluaran Toyota Camry di pasaran Jepun gara-gara tidak mendapat permintaan.
25-03-2023
Legasi Hampir 70 Tahun, Toyota Crown 2023 Diperkenalkan, Ini Segalanya Yang Anda Perlu Tahu
Toyota Crown 2023 diperkenalkan. Ini perinciannya...
15-07-2022
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas
Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.
10-10-2025
SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta
errari Purosangue kini secara rasminya telah mendarat di Malaysia.
22-11-2023
Para Pengunjung Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Model Ferrari Di Pameran "Game Changers".
Ferrari membuka pameran Game Changers di Museo Enzo Ferrari, Modena baru-baru ini.
22-02-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

