Toyota Crown Sport: Harga Bikin Lemah Semangat

Toyota Jepun menawarkan varian terbaharunya Crown Sport dalam versi plug-in hybrid (PHEV) ke pasaran tempatan baru-baru ini.
Versi PHEV terbaharu ini dikatakan menawarkan casis yang lebih sporty, lebih berkuasa dan apa yang penting, ia menawarkan pelepasan karbon sifar.
Crown Sport PHEV ini disumbat dengan enjin petrol 2.5 liter dengan dua motor elektrik untuk setiap gandar
Secara keseluruhannya, ia menawarkan kuasa setakat 302 hp dimana kuasa dihantar kepada semua roda melalui sistem 4WD E-Four.

Kapasiti bateri yang lebih besar dan output kuasa elektrik yang lebih tinggi menyaksikan varian PHEV ini menawarkan kuasa 70 hp iaitu lebih tinggi berbanding varian HEV yang cuma menawarkan kuasa 231 hp.
Sistem pengecasan pantas dan standard turut disokong, di mana pengecasan pantas membolehkan bateri mencapai 80 peratus kapasiti dalam masa 38 minit sahaja.

Dari segi kecekapan bahan api, jentera ini dikatakan boleh bergerak melebihi 1,200 km sekiranya tangka penuh.
Difahamkan, bagi menyesuaikan output yang dipertingkatkan, Toyota telah mempertingkatkan casis Crown Sport PHEV.
Ia kini terdapat pendakap tambahan untuk meningkatkan keseimbangan ketegaran badan, manakala penyerap hentak dan sistem suspensinya juga telah diubah suai.


Crown Sport ini juga didatangkan dengan rim aloi bersaiz 21 inci, sistem brek yang terdiri daripada angkup enam omboh dan rotor brek berliang pada roda hadapan.
Jentera ini juga dilengkapi dengan fungsi "My Room Mode".
Ini bermakna pengguna boleh menikmati sistem audio dan pendingin hawa menggunakan bekalan kuasa luar semasa kereta dicas.

Bukan itu sahaja, jentera ini juga hadir dengan fungsi kenderaan-untuk-muatan (V2L) yang boleh membekalkan kuasa kuasa maksimum 1,500 W dimana ia boleh digunakan sekiranya kehabisan bateri atau kecemasan.
Menjengah bahagian kabinnya pula, ia dipadankan dengan warna dua tona merah dan hitam, tempat duduknya agak sporty dan tali pinggang keledar berwarna merah.

Maka tidak hairanlah Crown Sporty ini dikatakan versi paling mahal dikeluarkan setakat ini kerana ia dijual pada harga 7,650,000 yang (lebih kurang RM247,761) di Jepun.
Untuk itu, Toyota Jepun meletakkkan sasaran jualan 300 unit sebulan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


