Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja

Honda Malaysia melancarkan secara rasminya Honda Civic Facelift 2025, sebentar tadi.
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian:
• Honda Civic E = RM133,900
• Honda Civic V = RM144,900
• Honda Civic RS = RM149,900
• Honda Civic RS e: HEV = RM167,900
Bagi model facelift ini, ada beberapa penambahbaikan yang dibuat Honda Malaysia.
Antaranya ialah, bahagian hadapannya kini lebih tajam manakala penampilan hadapannya dilihat lebih lebar.
Varian e:HEV RS menampilkan sambungan girl hadapan dan dilengkapi dengan rim aloi matte grey bersaiz 18 inci.

Varian Petrol RS pula hadri dengan aksen jeriji berwarna hitam bagi menonjolkan ciri sportynya.
Kesemua varian hadir dengan sambungan lampu belakang berwarna hitam dimana ia meningkatkan lagi reka bentuk modennya manakala varian RS menerima lambang RS baharu.
Dari segi luarannya sahaja, ia sudah memberi bayangan bahawa Honda Civic Facelift ini agak agresif berbanding pendahulunya.
Mengenai kabinnya, kesemua varian hadir dengan skrin infotainment bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, ada port USB Type C.


Bagi varian RS, terdapat pengecas wayarles manakala model e:HEV RS menerima skrin TFT 10. 2 inci dan kad kunci.
Mengenai trenkuasanya, Honda Civic Facelift ini hadir dalam dua trenkuasa di mana e:HEV RS dikuasakan dengan enjin e:HEV 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 185 PS dan tork 315 Nm.
Enjinnya dipadankan dengan Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang mana ia menawarkan prestasi hibridnya yang lebih hebat.
Sementara itu, varian petrol RS pula disumbat dengan enjin 1.5 liter VTEC turbocharga yang mampu menghasilkan kuasa setakat 182 PS dan tirk 240Nm.
Mengenai ciri-ciri keselamatannya, kesemua Honda Civic Facelft ini hadir dengan Honda Sensing yang menawarkan pelbagai ciri keselamatan seperti:
1. Low Speed Follow (LSF)
2. Lead Car Departure Notification System (LCDN)
3. Adaptive Cruise Control (ACC)
4. Forward Collision Warning (FCW)
5. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
6. Lane Keep Assist System (LKAS)
7. Road Departure Mitigation (RDM)
8. Lane Departure Warning (LDW)
9. Auto High Beam (AHB)

Bagi yang berminat, Honda Civic ini hadir dalam lima warna. Untuk kali pertama, ia hadir dalam warna Canyon River Blue Metallic, selain Platinum White Pearl*1, Ignite Red Metallic*1, Meteoroid Gray Metallic, dan Crystal Black Pearl.
Honda Civic baharu kini secara standard hadir dengan penapis filem solar.
Untuk keterangan lanjut, layari www.honda.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY3574
SELANGOR
BSJ9579
JOHOR
JYK6782
PULAU PINANG
PRV4933
PERAK
APC3780
PAHANG
CFE443
KEDAH
KGC8791
NEGERI SEMBILAN
NEH5482
KOTA KINABALU
SJN5703
KUCHING
QAB4865M
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.02
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.22
+0.07
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden
Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.
01-07-2025
Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api
Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.
10-06-2025
Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi
Kerajaan diminta untuk melanjutkan lagi insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV.
15-05-2025
200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April
Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.
15-05-2025
BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
15-05-2025
Berita Terkini
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD
Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.
06-11-2025
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik
GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
06-11-2025
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.
05-11-2025
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.
05-11-2025
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000
Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.
05-11-2025
Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900
Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
05-11-2025
EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800
Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
30-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

