Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
Sasaran ini dilihat lebih rendah biarpun Honda berjaya menjual sebanyak 72,301 kereta pada tahun lepas .

Buat masa ini, strategi Honda Malaysia adalah menawarkan pengalaman ‘Fun to Drive’.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, “Semangat ‘Fun to Drive’ mencerminkan komitmen pihaknya dalam menghasilkan kenderaan yang mampu berhubung dengan pelanggan pada tahap emosi.
"Kami ingin menegaskan bahawa kereta Honda bukan sekadar alat pengangkutan.
"Ia adalah tentang hubungan yang dirasai apabila seseorang melangkah masuk ke dalam kenderaan; kegembiraan yang terhasil daripada pengalaman pemanduan yang datang secara semula jadi. Ciri inilah yang telah diterapkan oleh Honda dalam setiap model sejak awal penubuhannya," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di ibu negara semalam.
Seiring dengan komitmen ini, tambahnya, pihaknya sudah bersedia untuk terus mengujakan pasaran dengan memperluaskan rangkaian model e:HEV, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai prestasi seimbang dan mengujakan hasil teknologi hibrid canggihnya.
Sebagai perintis dalam bidang ini sejak tahun 2004, pendekatan ini membuktikan usaha berterusan Honda Malaysia dalam membangunkan teknologi hibrid yang cekap, boleh dipercayai dan berorientasikan prestasi, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju global yang dipercayai dalam mobiliti elektrik.
Katanya, Honda Malaysia sentiasa mengkaji dan menjangka perubahan corak permintaan bagi memastikan ia kekal selari dengan realiti pasaran, disokong oleh pangkalan pelanggan yang luas dan aktif yang telah dibina selama bertahun-tahun.
Selain pemilikan kenderaan, Honda Malaysia turut komited untuk membina hubungan jangka panjang dengan para pelanggan.
"Syarikat sedang memperkukuh operasi pengedar serta memberi penekanan lebih besar terhadap peningkatan perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Inisiatif-inisiatif utama ini dirangka bagi menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar," jelasnya.
Sehubungan itu, Honda Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka.
Seiring jenama ini melangkah ke tahun 2026 dengan semangat “Challenging Spirit”, Honda Malaysia memberi jaminan untuk mengekalkan standard kualiti tertinggi merangkumi produk dan perkhidmatannya, sambil terus menyediakan kegembiraan serta kebebasan mobiliti untuk semua
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
