Hyundai Ioniq 5 N Terima Sentuhan Raja 'Drift' – Lebih Ringan & Stabil

Hyundai baru-baru ini telah mempertontonkan model elektrik berprestasi, Ioniq 5 N, dalam versi yang lebih ekstrem. Dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 N DK Edition, model khas ini dibangunkan bersama legenda drift Jepun, Keiichi Tsuchiya, yang terkenal sebagai "Drift King.”
Kemunculan Pertama Di Tokyo Auto Salon 2025


Model ini membuat penampilan sulung globalnya di Tokyo Auto Salon 2025 (TAS 2025) dan bakal dipasarkan sebagai pakej "berprestasi tinggi" yang direka untuk meningkatkan kemampuan Ioniq 5 N ke tahap lebih tinggi dengan bimbingan daripada Tsuchiya.
Rekaan Aerodinamik Dengan Sentuhan Istimewa




Ioniq 5 N DK Edition tampil dengan kit badan karbon yang sporty yang merangkumi splitter depan, skirt sisi, diffuser belakang dan spoiler belakang gaya gooseneck. Menurut Hyundai N, elemen karbon ini bukan sekadar hiasan tetapi memberikan daya tolakan ke bawah (downforce) tambahan sebanyak 93 kg untuk kestabilan pada kelajuan 140 km/j.
Menyerlahkan lagi rekaan model ini ialah cat matte putih eksklusif dengan kemasan hitam berkilat dan hijau serta pelekat “DK Edition,” model ini turut dipasangkan dengan rim aloi forged ringan bersaiz 21 inci yang ringan sebanyak 10 kg berbanding rim standard pada Ioniq 5 N.
Peningkatan Mekanikal & Casis Sentuhan "Drift King"


Dibangunkan dengan bantuan kepakaran Tsuchiya, sistem suspensi model ini dipertingkatkan dengan pemasangan spring H&R yang menurunkan ketinggian kenderaan sebanyak 15 mm, menjadikan ia lebih stabil ketika mengambil selekoh tajam.
Sistem brek turut dinaik taraf dengan kaliper brek blok mono enam piston menggunakan bahan duralumin berketahanan tinggi serta pad brek tahan panas yang lebih besar. Hyundai N mendakwa sistem brek ini boleh bertahan dalam penggunaan intensif di litar lumba dengan prestasi yang lebih konsisten.
Enjin Kekal Sama

Walaupun diberikan banyak peningkatan dalam aspek lain, Ioniq 5 N DK Edition kekal mengunakan enjin sama dengan output mencecah 641 hp dan sistem dwi-motor AWD. Ciri sporty lain seperti N Torque Distribution dan N Drift Optimiser juga kekal sama seperti model standard.
Dilancarkan Secara Rasmi Di Pasaran Terpilih


Yang menariknya, Hyundai Ioniq 5 N DK Edition ini bukan sekadar model eksklusif untuk TAS 2025 kerana Hyundai merancang untuk memasarkan model ini seawal separuh pertama tahun 2025. Pasaran pertama yang akan menerima model ini ialah Korea Selatan dan Jepun, diikuti pasaran antarabangsa.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
BIMS 2025: Hyundai Ioniq 5 N Line Facelift Didedah, Hanya 1 Varian, Lepas Ini Masuk M'sia?
Hyundai juga turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Hyundai Ioniq 5 versi facelift di BIMS 2025.
26-03-2025
Ini Dia Rupa Ioniq 5 N Dari Negara Jiran
Belum ada maklumat sama ada sama model Ioniq 5 N buatan Indonesia ini akan dieksport ke negara lain.
19-07-2024
Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya
Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.
15-04-2024
Hyundai Ioniq 5 N Bakal Dikeluarkan 2023 Nanti Dengan Kuasa Sekitar 600HP! Siap Ada 'Audio' Enjin?
Ioniq 5 N dan model istimewa ini kini sedang diberikan ‘sentuhan terakhir’ daripada Hyundai sebelum dikeluarkan pada tahun hadapan.
19-12-2022
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
