Mitsubishi XForce HEV Diperkenalkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mitsubishi Motors Thailand (MMTh) memperkenalkan model terbaru, Mitsubishi XForce HEV. Model hibrid SUV segmen B ini menggunakan sistem hibrid selari (HEV) e:Motion yang sama seperti pada Xpander Cross HEV. Model ini bakal membuat kemunculan sulungnya secara rasmi di Bangkok International Motor Show (BIMS) yang berlangsung hujung bulan ini.
Efisien, Capai 24.4 KM Satu Liter

XForce HEV dikuasakan oleh gabungan enjin 1.6 liter empat silinder MIVEC dengan kuasa 94 hp (95 ps) dan tork 134 Nm. Enjin ini bertindak sebagai penjana utama kepada motor elektrik tunggal yang menghasilkan 114 hp (116 ps) dan 255 Nm. Sistem ini turut disertakan dengan bateri lithium-ion kecil serta transmisi transaxle dua kelajuan yang baru dibangunkan. Hasilnya, XForce HEV mampu mencatat penggunaan bahan api menjimatkan sehingga 24.4 km bagi setiap liter.
Teknologi Kawalan Pemanduan Lebih Stabil
Sama seperti versi petrol XForce, varian hibrid ini juga dilengkapi dengan sistem Active Yaw Control (AYC) yang membantu mengagihkan daya pemanduan antara kedua-dua roda hadapan untuk meningkatkan kestabilan dan cengkaman.
Selain empat mod pemanduan sedia ada iaitu Normal, Wet, Gravel, dan Mud, XForce HEV turut mendapat dua mod hibrid tambahan iaitu EV Priority (mengutamakan pemanduan elektrik) dan Charge (fokus terhadap pengecasan bateri ketika bergerak).
Model Hibrid yang Sporty






Dari segi rekaan, XForce HEV tidak jauh berbeza dengan model petrolnya. Ia mengekalkan bentuk SUV kompak yang tegap dengan rekaan sudut depan Dynamic Shield yang menjadi identiti Mitsubishi. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan kecil termasuk tulisan ‘XForce’ pada bonet depan, gril baharu dengan jalur krom mendatar, serta rim aloi 18 inci.
Baca: Nissan Tidak Mahu Jadi Anak Syarikat Honda, Mitsubishi Undur Diri
Logo ‘HEV’ juga dapat dilihat pada beberapa bahagian badan untuk membezakan model hibrid ini daripada versi petrol.

Dari segi dimensi, XForce HEV berkongsi ukuran yang sama seperti model petrolnya iaitu panjang 4,390 mm, lebar 1,810 mm, tinggi 1,660 mm dan jarak roda 2,650 mm. Namun, jarak kelegaan tanah model ini lebih rendah iaitu hanya 188 mm berbanding 222 mm pada model petrol.
Sistem Hiburan Canggih, Kabin Luas & Selesa





Menjengah ke dalam kabin, XForce HEV mengekalkan ciri premium yang sama seperti model petrol, termasuk paparan infotainmen 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kluster meter digital 8 inci dan sistem audio Yamaha 8 pembesar suara.
Selain itu, model HEV turut hadir dengan pilihan upholsteri baharu untuk tempat duduk, namun ruang kabin secara keseluruhannya masih mengekalkan keluasan yang sama.
Tiga Varian, Harga Bermula RM117k


Mitsubishi Motors Thailand menawarkan tiga varian bagi XForce HEV dengan harga berikut:
- XForce HEV Ignite – THB 899,000 (~RM117,955)
- XForce HEV Ultimate – THB 1.039 juta (~RM136,325)
- XForce HEV Ultimate X – THB 1.089 juta (~RM142,885)
Bila XForce HEV Akan Memasuki Pasaran Malaysia?
Sejak diperkenalkan secara global pada 2023, XForce masih belum tiba di Malaysia sama ada dalam versi petrol atau hibrid.
Namun, dengan pelaksanaan subsidi bersasar RON 95 yang bakal tiba tidak lama lagi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ‘sepatutnya’ membawa masuk model HEV ini yang menjanjikan penjimatan minyak lebih tinggi berbanding versi petrol yang standard.
Baca: Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?
Baca: Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekaan Terbaik Jepun – Imej "Beast Mode" Yang Menyerlah
Baca: Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD4314
SELANGOR
BSK7859
JOHOR
JYM6847
PULAU PINANG
PRW5141
PERAK
APD3249
PAHANG
CFE4362
KEDAH
KGD4098
NEGERI SEMBILAN
NEH8704
KOTA KINABALU
SJP2659
KUCHING
QAB7361M
Terakhir Kemas Kini 12 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?
Mitsubishi Jepun perkenalkan SUV baharu, Mitsubishi Destinator, yang dibangunkan berasaskan model DST Concept. Ini spesifikasinya...
18-07-2025
Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover segmen B, Mitsubishi XForce, telah berjaya meraih penarafan lima bintang dalam ASEAN NCAP.
06-08-2024
Mitsubishi XForce SUV Ranggi Dengan Kemampuan Off-Road
Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan SUV crossover kompak terbaru.
11-08-2023
Berita Terkini
Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro
Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.
12-12-2025
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km
Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.
09-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM
smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.
09-12-2025
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa
Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.
08-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan
Trump mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.
05-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

