ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota melancarkan secara rasminya Toyota Crown Estate di pasaran Jepun, baru-baru ini.

Ia adalah model keempat yang dilancarkan oleh Toyota di bawah barisan ‘Crown’ yang baru diubah suai selepas Sport, Crossover dan Sedan.

Jentera ini sebenarnya dikenali sebagai Crown Signia di Amerika Syarikat.

image.pngimage.png

Melihat fizikalnya, Crown Estate hadir dengan reka bentuk wagon bumbung panjang yang tidak begitu konvensional, dengan ketinggian badan yang sedikit dinaikkan.

 Ini menjadikannya ia kelihatan seperti SUV crossover berbanding wagon tradisional.

Seperti model Crown lain, Crown Estate menampilkan reka bentuk hadapan "hammerhead" yang ikonik, dengan lampu LED berbentuk Cserta ada sisipan heksagon pada gril hadapan

Selain reka bentuk badan yang menyerupai SUV, Crown Estate turut menampilkan rekaan belakang yang ringkas tetapi moden kerana ia dipasang dengan lampu belakang LED penuh lebar serta  spoiler bumbung untuk gaya lebih sporty.

Dari segi dimensi, Crown Estate lebih besar berbanding kembarnya dalam kategori SUV coupe, dengan ukuran panjang (4,930 mm), selebar  1,880 mm, setinggi 1,625 mm manakala jarak roda 2,850 mm.

image.png

Seperti varian Crown yang lain, Crown Estate juga menawarkan ruang kabin yang mewah dan premium .

Antara kelengkapan lain ialah terdapat stereng multifungsi berbalut kulit, kluster meter digital, skrin infotainmen  12.3 inci, tempat duduk dibaluti dengan material kulit dan pelbagai ciri premium yang lain.

Selain itu, ia turut menawarkan ruang dalaman yang cukup luas selain mampu memuatkan lima orang.

Dari segi ruang kargo, Crown Estate menawarkan ruang seluast 470 liter kapasiti namun saiznya boleh menjadi lebih besar setakat📦 1,470 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

image.png

Malah, terdapat satu ciri menarik dimana   papan lantai kargo  boleh ruang rata sepanjang dua meter.

image.pngimage.png

Di Jepun, ia ditawarkan dalam rangkaian kuasa HEV atau PHEV dimana enjin HEV 2.5 liter mampu  menghasilkan 186 PS dan tork  221 Nm.

Sementara itu, varian PHEV pula boleh menghamburkan kuasa setakat  177 PS dan tork 219Nm.

Mengenai bateri, Crown Estate PHEV disumbat dengan pek bateri litium-ion yang lebih besar dimana ia menawarkan perjalanan elektrik  sehingga 89 km.

image.png

Seperti mana-mana PHEV moden yang lain, Crown Estate juga menyokong keupayaan pengecasan pantas. Toyota mendakwa pengecasan pantas hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 38 minit. 

Mengenai harga, Toyota Crown Estate varian Z Hybrid dijual pada harga  (RM190,068) manakala versi RS PHEV pula RM242,449.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN4423

SELANGOR

BST3745

JOHOR

JD4430J

PULAU PINANG

PSF2384

PERAK

APL1676

PAHANG

CFH5927

KEDAH

KGH7933

NEGERI SEMBILAN

NEL6428

KOTA KINABALU

SJT8459

KUCHING

QAB4935P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.