Baru Tiga Bulan Beroperasi, Neta 'Hilang' Dari Singapura Tanpa Jejak

Bilik pameran Neta di Singapura ditutup tanpa notis (Foto: The Business Times)
Kurang tiga bulan selepas kemunculan sulungnya di Singapura, jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, Neta, dilaporkan telah menutup satu-satunya bilik pamerannya di negara itu tanpa sebarang pengumuman, lapor wartawan portal The Business Times yang telah mengunjungi cawangan tersebut pada 5 dan 6 April.
Bilik Pameran Sunyi
Bilik pameran yang terletak di One Commonwealth yang mula beroperasi pada Januari lalu menerusi pengedar rasmi di Singapura, Evology Automobile, didapati tutup walaupun ketika waktu operasi. Tiada kakitangan mahupun kenderaan dipamerkan di dalamnya. Lebih mencurigakan, tiada sebarang notis rasmi yang memaklumkan penutupan tersebut.
Cubaan The Business Times untuk menghubungi pihak Evology menerusi talian hotline juga tidak berjaya. Dalam masa yang sama, akaun media sosial syarikat itu juga tidak menunjukkan sebarang maklumat berkaitan status bilik pameran tersebut.
Tiada Harapan di Singapura?

Semasa pelancaran rasminya pada 9 Januari di Suntec City, Neta memperkenalkan dua model, Neta X dan Neta Aya dan berjaya memperoleh 52 tempahan awal.
Namun begitu, berdasarkan data Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, hanya empat unit Neta telah didaftarkan setakat ini, dua pada November 2024 dan dua lagi pada Januari 2025.
Neta ‘Tenggelam’ dalam Krisis
Neta merupakan jenama milik Hozon New Energy Automobile dari Shanghai, yang sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan China. Tahun lalu, syarikat itu menerima dana sebanyak 5 bilion yuan (~RM3.25 bilion) daripada syarikat pelaburan milik kerajaan.
Selepas beberapa tahun meraih kejayaan dalam segmen EV mampu milik, percubaan untuk beralih kepada model lebih premium sejak 2021 tidak membuahkan hasil akibat persaingan sengit daripada jenama tempatan lain seperti BYD, GAC dan XPeng.
Pada Mac lalu, media China melaporkan Neta berdepan risiko muflis selepas rundingan pusingan pembiayaan sebanyak 4 bilion yuan (~RM2.44 bilion) gagal. Malah, jualan untuk Januari 2025 merosot sebanyak 98% berbanding tahun sebelumnya.
Pada November tahun lalu, pengeluaran kenderaan Neta di kilang Zhejiang dihentikan dan beberapa kakitangan dilaporkan menerima potongan gaji, menandakan tekanan kewangan yang semakin meruncing. Dalam tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2023, syarikat itu mencatatkan kerugian kumulatif sebanyak 17.2 bilion yuan (~ RM4.39 bilion).
Industri EV China Makin Mencabar

Berdasarkan analisis oleh S&P Global, menjelang 2030, hanya pemain utama dijangka kekal, manakala puluhan jenama kecil bakal tersingkir daripada pasaran, dan Neta berkemungkinan besar menjadi salah satu daripadanya sekiranya krisis ini tidak dapat ditangani.
Situasi Neta yang kini bagai telur di hujung tanduk secara tidak langsung membuatkan masa depan jenama ini di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, semakin ‘gelap’.
Baca: Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand
Baca: Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL
Sumber: The Business Times

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand
Neta terima talian kredit THB10 bilion (~RM1.1 bilion) di Thailand, mencerminkan cabaran kewangan yang semakin meruncing dalam usahanya untuk meneruskan operasi.
27-03-2025
Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand
Hozon Auto, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China yang juga pemilik jenama Neta Auto, kini berdepan cabaran kewangan yang kian meruncing.
27-12-2024
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat