ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Inikah Nissan X-Trail Generasi Akan Datang? – Moden & Teknologi e-Power Terkini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_nissan-x-trail-teaser.jpg


Pelan kebangkitan atau revival plan Nissan yang diumumkan bulan lalu nampaknya masih menyimpan beberapa kejutan. Salah satu daripadanya ialah kelibat model baharu yang dipercayai Nissan X-Trail generasi akan datang. Bayangan bentuk kenderaan ini muncul dalam senarai model baharu untuk pasaran Amerika Utara, menandakan pembaharuan besar bagi SUV segmen C popular itu.


Daripada imej teaser yang dikongsikan, reka bentuk model baharu ini masih mengekalkan bentuk asal X-Trail generasi keempat, yang setakat ini belum ditawarkan di Malaysia. Bahagian hadapannya pula menyamai crossover moden Nissan yang lain seperti Qashqai dan Murano.


Teknologi e-Power yang Terkini


250326-01_US-Nissan-Range-Teaser.jpg


Berdasarkan kenyataan rasmi Nissan, model generasi kelima ini dijangka menampilkan teknologi hibrid elektrifikasi, e-Power yang terbaru. Sekiranya benar, ini akan menjadi model pertama Nissan dengan teknologi e-Power yang akan dipasarkan di Amerika Utara.



Sistem e-Power ini menggunakan enjin petrol 1.5 liter yang direka untuk mengecas unit motor elektrik lima-dalam-satu yang turut berkongsi beberapa komponen utama dengan sistem EV terkini Nissan.


Keunikan sistem ini terletak pada sistem operasinya, di mana enjin pembakaran dalaman (ICE) tidak memacu roda secara langsung, sebaliknya hanya berfungsi sebagai penjana kuasa bagi motor elektrik. Ini memberikan pengalaman pemanduan mirip EV tanpa kebimbangan tentang jarak perjalanan atau keperluan pengecasan.


Varian Petrol dan PHEV Turut Dirancang


Selain versi e-Power, X-Trail generasi kelima dijangka hadir dalam varian enjin petrol serta hibrid plug-in (PHEV). Nissan sebelum ini mengakui bahawa mereka terlepas pandang permintaan terhadap kenderaan petrol hibrid di Amerika Utara.


Adakah Malaysia Akan Menerima Model Ini?


Caricarz-MBA-Nissan-XTrail-ePower-KLIMS2024-(10).jpg


 Nissan X-Trail e-Power generasi keempat yang dipertontonkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semasa acara automotif, KLIMS 2024. Model ini dijangka akan dilancarkan tahun ini di Malaysia.


Bagi pasaran tempatan, peminat SUV ini mungkin perlu bersabar. Sebelum kehadiran generasi kelima, model X-Trail generasi keempat berkemungkinan besar akan dilancarkan terlebih dahulu di Malaysia. Ia dijangka hadir dengan trenkuasa e-Power yang serupa dengan Nissan Kicks, yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tahun lalu.


Dengan pelbagai pembaharuan telah dirancang, Nissan X-Trail generasi baharu ini bakal menjadi pencabar hebat kepada Honda CR-V dan Mazda CX-5 dalam segmen SUV. Namun, sejauh mana model ini dapat bersaing masih menjadi tanda tanya, terutama dengan perubahan strategi Nissan dalam pasaran global.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA8652

SELANGOR

BSV3534

JOHOR

JH9503J

PULAU PINANG

PSH6158

PERAK

APN2791

PAHANG

CFJ4872

KEDAH

KGJ9561

NEGERI SEMBILAN

NEM6948

KOTA KINABALU

SJV3290

KUCHING

QAB1027Q

Terakhir Kemas Kini 25 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025

Berita Terkini

Global
Panggil Balik  Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.