Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas gara-gara jualan Proton e.MAS mendahului jualan Kenderaan Elektrik (EV) untuk bulan keempat berturut-turut sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat di tangga kedua dalam senarai jualan automotif Malaysia.
Tidak dinafikan, kejayaan terbesar untuk 2025 ialah disebabkan prestasi jualan yang kukuh bagi Proton e.MAS 7, dimana ia menyaksikan jumlahnya meningkat setiap bulan sejak pelancaran pada 16 Disember 2024.
Trend itu berterusan pada April apabila model EV pertama PROTON menembusi kekangan 800-unit dengan mencapai 863-unit (domestik + eksport).

Ini menjadikan jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 2,716 unit dan meletakkan model itu sebagai EV terlaris di negara dan jenama Proton e.MAS di tempat kedua untuk jualan EV keseluruhan walaupun pada masa ini hanya mempunyai satu model dalam rangkaiannya.
Selain Proton e.MAS, Proton X50 juga mencatatkan jualan cemerlang pada bulan April apabila mendahului semula pasaran SUV segmen B.

Dengan 2,389 unit terjual pada April, jualan YTD kini telah meningkat kepada 7,506 unit, terbanyak di segmennya, serta 420 unit mendahului jualan YTD dari tahun 2024.

Selain itu, Proton X90 kekal sebagai pilihan bagi pembeli yang mencari SUV segmen D dengan 194 unit dijual pada April menjadikan jumlah YTD 873 unit.
Sementara itu, Proton S70 kekal sebagai model sedan segmen C yang dominan di Malaysia dengan 1,716 unit dijual pada April untuk meningkatkan jumlah YTDnya kepada 6,181 unit.
Bagi model Proton ICE yang lain, Proton Saga mencapai 5,213 jualan pada April untuk menjadikan jumlah YTD hampir 21,000 unit, Proton Persona menamatkan bulan sebagai sedan segmen B kedua terlaris dengan 1,328 unit terjual manakala Proton Iriz mencatatkan 290 jualan dan kini menduduki tempat keempat untuk jualan hatchback segmen B.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, bagi PROTON, empat bulan pertama 2025 adalah mengenai pengukuhan jualan.

"Kami membina asas bagi melancarkan serangan kami pada bahagian akhir tahun ini. Pelan tersebut disokong oleh prestasi teguh dalam pasaran EV kerana penerimaan awam terhadap e.MAS 7 amat cemerlang.
"Dengan perancangan untuk pelancaran baharu bagi model ICE dan EV juga, kami yakin akan menimpa kejayaan pada tahun ini," katanya.
Agenda pertumbuhan eksport PROTON terus mengumpul momentum pada bulan April apabila syarikat mencapai bulan terbaik untuk jualan eksport pada 2025. 520 unit telah dieksport bulan lepas didahului oleh Proton X50, Proton Saga dan Proton e.MAS 7, yang telah dipratonton di The Car Expo di Singapura pada 3-4 Mei.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

