Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?

Seorang pemilik Proton X50 Flagship terkejut apabila bumbung kaca (sunroof) keretanya tiba-tiba retak sendiri tanpa sebarang impak atau objek melayang, tidak sampai dua bulan selepas didaftarkan pada 31 Julai lalu.
Mangsa, Amirul Fitri berkata, dia kini buntu apabila tuntutan warantinya ditolak oleh pihak pengeluar yang mengklasifikasikannya sebagai haus dan lusuh (wear and tear).
Sunroof Proton X50 Retak Lepas Keluar Rumah
Menurutnya, kereta itu diletakkan bawah bumbung rumah.
"Sebelum keluar saya start enjin macam biasa, lepas Itu saya buka pintu kejap sebab nak bagi angin/udara dalam kereta keluar. Lepas saya gerak, tak sampai 50-100 meter pun, tiba-tiba saya dengar bunyi macam angin masuk dari atas. Saya pun pelik, saya check tingkap, semua tutup.
"Saya berhenti tepi sebab ingat pintu tak tutup elok. Saya check pintu pun semua okay, tutup rapat. Lepas tu saya rasa macam bunyi tu datang dari sunroof. Saya tengok balik, sekali sunroof dah crack. Yang saya peliknya, saya memang tak langgar apa-apa pun. Tak kena batu, tak accident, tak ada apa-apa impact. Kereta pun baru lagi, belum sampai dua bulan," katanya kepada CarzAutoMedia.
Lebih mengelirukan, insiden itu berlaku tanpa sebarang insiden tidak diingini. Tiada batu melayang, tiada kemalangan kecil, mahupun sebarang impak fizikal luar biasa yang berlaku pada kenderaan berkenaan.
Tuntutan Waranti Ditolak, Dianggap Wear and Tear
Selepas membawa kenderaan tersebut ke pusat servis untuk mendapatkan penjelasan, Amirul berdepan satu lagi berita mengecewakan. Pihak pengeluar memaklumkan bahawa kerosakan kaca tersebut tidak dilindungi di bawah waranti kenderaan baharu.
Sebaliknya, kerosakan itu diklasifikasikan di bawah kategori wear and tear (haus dan lusuh). Ini bermakna pemilik terpaksa menanggung kos pembaikan yang tinggi atau menggunakan perlindungan insurans sendiri untuk menyelesaikannya.
Tanda Tanya Kualiti Komponen dan Tekanan Terma
Kes seperti sunroof Proton X50 pecah secara tiba-tiba bukanlah yang pertama kali menjadi perbincangan hangat dalam kalangan komuniti pemotoran tempatan. Pakar industri sering mengaitkan isu kaca bumbung retak sendiri dengan tekanan haba melampau (thermal stress) atau ketegangan kerangka (chassis flex) semasa pemasangan kilang.
Bagi pemilik kenderaan, isu seperti ini menuntut penjelasan lanjut daripada pihak pengeluar bagi mengenal punca sebenar. Penilaian secara teliti amat penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin tanpa membebankan pengguna dengan kos luar jangka.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



