Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM

Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range. Kehadiran varian ini disahkan melalui dokumen yang difailkan kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Rekaan Galaxy E5 Long Range Kekal Sama

Walaupun varian ini hadir dengan penambahan dari segi jarak pemanduan, reka bentuk luaran Galaxy E5 Long Range tidak banyak berubah. Ia masih mengekalkan ciri seperti lampu depan LED yang halus dan gril tertutup dengan rekaan dot matriks.
Bahagian belakang pula hadir dengan bar lampu LED melintang berkelebaran penuh. Sementara itu, kemasan berwarna perak pada sudut belakang kini dipadankan dengan logo Geely hitam yang memberi sentuhan lebih agresif.

Turut dikekalkan ialah kemasan tingkap hitam, bumbung suria panoramik serta pilihan rim aloi 18 atau 19 inci.
Bateri Baharu, Jarak Makin Jauh


Perkara paling penting tentang Geely E5 Long Range ini ialah kapasiti bateri yang lebih besar, iaitu 68.39 kWj, membolehkannya mencapai jarak sehingga 610 km (CLTC) atau kira-kira 490 km (WLTP).
Jika dibandingkan varian lain yang menggunakan kapasiti bateri lebih rendah iaitu 49.52 kWj dan 60.22 kWj, masing-masing hanya boleh mencapai jarak perjalanan 440 km CLTC / 345 km WLTP dan 530 km CLTC / 410 km WLTP.
Sokongan Pengecasan Kekal Sama
Semua varian Galaxy E5, termasuk versi Long Range, masih menyokong pengecasan pantas antara 80 kW hingga 100 kW, pengecasan AC 11 kW, serta fungsi Vehicle-to-Load (V2L) berkuasa 3.3 kW untuk membekalkan tenaga kepada peranti luar.
Kuasa disalurkan melalui motor elektrik 12-dalam-1 berkuasa 160kW (214 hp) yang diletakkan di hadapan, sama seperti varian sedia ada.
Bakal Beri Saingan Sengit
-full_normal.jpg)
Model yang dibangunkan di atas platform Geely GEA ini ditawarkan di pasaran China dalam lima varian, pada harga antara RMB107,800 (RM63,000) hingga RMB143,800 (~RM84,000).
Di Malaysia, Geely E5 dikenali sebagai Proton e.MAS 7, ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime (49.52 kWj) pada harga RM109,800 dan Premium (60.22 kWj) pada RM123,800.
Sekiranya Proton memperkenalkan versi Long Range 68.39 kWj ini dalam bentuk e.MAS 7 Premium Long Range, ia berpotensi menjadi SUV elektrik dengan jarak paling jauh di Malaysia setakat ini.
Buat masa ini pesaing terdekat dari segi jarak ialah Chery Omoda E5 Long Range dan MG S5 EV Long Range dengan jarak perjalanan sekitar 430 km (WLTP).
Baca: Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat – ASEAN NCAP 5 Bintang
Baca: Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
Geely Galaxy Starship 7 PHEV Diperkenalkan Di China – Cecah 1,420 KM!
Galaxy Starship 7 ini merupakan versi separa enjin pembakaran kepada SUV EV Galaxy E5 yang turut menjadi model asas kepada Proton eMas 7.
09-11-2024
Proton EV, e. MAS 7 MUNGKIN Kelihatan Macam Ini!
Belum dilancarkan tetapi Chin sudah mendedahkan beberapa imej render Proton elektrik e.MAS 7 tanpa pelekat penyamaran.
06-08-2024
Kembar Proton e.MAS 7 Dilancarkan – Ini Spesifikasi Geely Galaxy E5, Dari RM71K
Geely telah melancarkan kembarnya, Galaxy E5 di China. Ini spesifikasinya...
05-08-2024
Nantikan Kemunculan e.MAS
Adakah anda sudah bersedia untuk melihat kenderaan elektrik PROTON?
01-08-2024
Ini Dia Gaya Model Kenderaan Elektrik Proton
Geely merancang untuk melancarkan E5 itu seawal Ogos ini di China.
27-06-2024
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

