Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat – ASEAN NCAP 5 Bintang

SUV elektrik segmen C pertama keluaran Proton, e.MAS 7, berjaya meraih penarafan 5 bintang dengan skor keseluruhan yang tinggi iaitu 92.57 mata.
Baca: PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Berikut adalah jumlah mata yang terkumpul untuk setiap kategori ujian keselamatan:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 39.00 mata
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 17.32 mata
- Bantuan Keselamatan (SA): 20.00 mata
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 16.25 mata

Ciri Keselamatan Komprehensif
Sebagai EV pertama Proton, e.MAS 7 berkongsi reka bentuk dan teknologi keselamatan dengan kembarnya dari China, Geely Galaxy E5. Model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti:
- Enam beg udara
- Kawalan kestabilan elektronik (ESC)
- Sistem brek anti–kunci (ABS)
- Sistem peringatan tali pinggang keledar (SBR)
- Pengesan tempat duduk untuk semua penumpang
Baca: ASEAN 2025: PM Pilih Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi
Selain itu, teknologi keselamatan aktif turut ditawarkan, termasuk:
- Brek kecemasan autonomi (AEB)
- Pengesanan titik buta (BSD)
- Lampu suluh tinggi automotik (AHB)
- Perlindungan pejalan kaki (PP)
- Amaran pelanggaran hadapan (FCW)
- Bantuan kekal lorong (LKA)
Keputusan Ujian Pelanggaran

Hasil ujian pelanggaran menunjukkan prestasi perlindungan yang sangat baik untuk penumpang hadapan, dengan bahagian kaki pemandu mendapat tahap perlindungan mencukupi. Model ini juga mencatat keputusan cemerlang dalam kategori keselamatan kanak-kanak dan penunggang motosikal.
Menurut ASEAN NCAP, e.MAS 7 mencatat skor tertinggi dalam kelasnya untuk kategori Bantuan Keselamatan, yang banyak dibantu oleh pakej keselamatan aktif yang cukup baik.
Perluasan Pasaran ke Luar Negara


Penilaian keselamatan ASEAN NCAP untuk e.MAS 7 ini juga terpakai di pasaran Brunei dan Singapura. Semasa majlis pelancaran EV ini, Proton turut mengumumkan rancangannya untuk meluaskan pasaran model ini ke beberapa negara lain seperti Mauritius, Nepal, dan Trinidad and Tobago.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?
Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.
27-01-2026
SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia
SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.
02-01-2026
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Proton Saga 2026 Cipta Sejarah, 4 Bintang ASEAN NCAP!
Saga 2026 dilancarkan dengan penarafan keselamatan empat bintang di bawah protokol ketat 2021-2025 ASEAN NCAP. Baca skor penuh AOP, COP, AEB, Bantuan Pemandu & harga rasmi di Malaysia!
28-11-2025
Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat
Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.
05-11-2025
BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia
Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.
30-10-2025
Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia
Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.
04-08-2025
Neta V EV Paling Tak Selamat? – EV Pertama Dengan ASEAN NCAP Sifar Bintang
Kenderaan elektrik (EV) kompak, Neta V, menerima penarafan sifar bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
09-12-2024
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
