Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Dua projek pembinaan kilang kenderaan elektrik (EV) di Indonesia kini berdepan dengan halangan daripada sekumpulan komuniti tempatan atau “ormas” yang dilaporkan membuat kekacauan, membantutkan pembinaan kilang milik syarikat antarabangsa VinFast dan BYD di Subang, Jawa Barat.
Timbalan Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Eddy Soeparno, meluahkan kebimbangan melalui media sosial dengan menyifatkan gangguan oleh kumpulan-kumpulan ini menyerupai tindakan menakut-nakutkan. Beliau memberi amaran bahawa perkara ini boleh merosakkan keyakinan pelabur asing dan menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas.
Pembangunan Kilang Terganggu

BYD, pemain baharu dalam pasaran EV Indonesia, kini sedang membina sebuah kilang besar di kawasan perindustrian Smartpolitan, Subang. Projek ini melibatkan kawasan seluas 126 hektar dan dijangka mampu menghasilkan sehingga 150,000 unit EV setahun.
Namun begitu, pembinaan kilang ini dikatakan terganggu akibat tekanan daripada kumpulan ormas yang mahu mendapatkan pengaruh dalam projek berkenaan.
Syarikat EV VinFast dari Vietnam turut menghadapi masalah sama. Syarikat itu merancang untuk melabur kira-kira AS$200 juta (~RM850 juta) bagi membina kilang seluas 170 hektar untuk memasang model EV VF3, dengan operasi dijadualkan bermula pada hujung 2025. Tetapi, kemajuan projek tersebut turut terhalang akibat gangguan kumpulan sama.
Baca: ChargeSini Perluas Rangkaian Pengecas EV Di Indonesia Melalui Kerjasama Dengan G-Power
Pelabur Mula Ragu

Ketua Persatuan Industri Kenderaan Elektrik Indonesia (PERIKLINDO), Moeldoko, mengesahkan wujudnya gangguan tersebut dan menyuarakan kebimbangan terhadap kesannya terhadap keyakinan pelabur. Kementerian Pelaburan Indonesia telah mula campur tangan dan kini bekerjasama rapat dengan pihak BYD untuk menilai situasi sebenar.
Timbalan Kementerian Pelaburan, Nurul Ichwan, menegaskan bahawa laporan berkaitan ugutan dan pemerasan ini bukan sahaja membimbangkan, malah boleh menjejaskan reputasi Indonesia di mata dunia. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya laporan tersebut terbukti sahih, kerajaan akan menghantar pasukan khas untuk menyelesaikan isu itu dengan segera.
Baca: Peugeot 'Undur Diri' dari Pasaran Indonesia Setelah 52 Tahun
Aspirasi Indonesia untuk Jadi Hab EV Serantau Tergugat
Indonesia sebelum ini agresif dalam usaha menarik pelaburan asing untuk menjadi hab utama pengeluaran kenderaan hijau di rantau ini. Namun, isu berterusan melibatkan ormas ini dilihat boleh menghalang negara daripada mencapai sasaran tersebut.
Angka daripada Persatuan Kawasan Perindustrian Indonesia menunjukkan bahawa gangguan seperti ini telah menyebabkan negara kehilangan pelaburan bernilai ratusan trilion rupiah. Antara taktik digunakan kumpulan terbabit termasuk menyekat laluan ke tapak projek dan menuntut kawalan terhadap logistik.
Peluang Pekerjaan Rakyat Terancam
Pihak berkuasa kini di bawah tekanan untuk bertindak segera. Kebimbangan utama ialah sekiranya isu ini berlarutan, pelabur asing mungkin menarik diri, sekali gus meninggalkan projek terbengkalai serta menghapuskan peluang pekerjaan yang sepatutnya dinikmati ribuan rakyat tempatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!
BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.
09-03-2026
Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%
Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.
16-02-2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat