Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...

Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi memperkenalkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50. Model ini bukan sahaja dibangunkan sempena ulang tahun ke-50 GTI, tetapi juga muncul sebagai model GTI versi pengeluaran paling berkuasa yang pernah dihasilkan!
Ciri Mekanikal

Golf GTI Edition 50 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter empat silinder yang dinaik taraf, membolehkannya menghamburkan kuasa mencecah 321 hp dan tork 420 Nm. Sebagai perbandingan, GTI standard Mk 8.5 di Eropah mencapai kuasa 262 hp dan 370 Nm, manakala Golf R pula lebih berkuasa dengan 329 hp dan tork yang sama.
Model ini masih menggunakan transmisi automatik DCT tujuh kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD). Dengan peningkatan kuasa yang ketara, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.5 saat, lebih pantas berbanding GTI versi standard yang mencatat 5.9 saat.
Rekod Nurburgring


Walaupun masih ketinggalan berbanding Golf R yang menggunakan pacuan semua roda (AWD) dengan catatan 4.6 saat, Edition 50 memegang rekod sebagai Volkswagen versi pengeluaran terpantas mengelilingi litar Nurburgring Nordschleife.


Kejayaan ini berjaya dicapai hasil beberapa peningkatan mekanikal seperti penggunaan penyerap hentak adaptif DCC yang menurunkan ketinggian kereta sebanyak 5 mm, talaan perisian stereng dan differential hadapan berhadapan elektronik (LSD).


Model ini turut dilengkapi Performance Pack pilihan yang merangkumi spring lebih keras, tayar Bridgestone Potenza Race semi-slick bersaiz 235, rim aloi 19 inci ringan dari Golf R dan sistem ekzos titanium Akrapovic. Pakej ini mengurangkan berat kenderaan sebanyak 30 kg, membantu Edition 50 mengalahkan rekod Golf R yang lebih berkuasa tetapi lebih berat.
Reka Bentuk Eksklusif dan Ciri Premium




Dari segi rupa, Edition 50 tampil dengan pelbagai elemen khas seperti logo Edition 50 di pelbagai bahagian, rim aloi Queenstown 19 inci dengan aksen merah, kit badan sporty sama seperti GTI standard, serta lima pilihan warna termasuk Moss Green eksklusif dan Tornado Red klasik VW.




Di ruang kabinnya juga, beberapa sudut disematkan dengan logo Edition 50 seperti pada tempat duduk, karpet, ambang pintu dan stereng. Sistem infotainmen 12.9 inci, kluster meter digital penuh, port USB-C, pengecas tanpa wayar, lampu ambien berwarna-warni dan banyak lagi ciri standard turut disediakan.
Harga dan Tarikh Pelancaran
Volkswagen belum mengumumkan harga rasmi atau jumlah unit yang akan dijual, namun laporan Autocar UK menyatakan harga jualannya akan bermula sekitar £45,000 (~RM258,605). Tempahan dijangka dibuka pada penghujung tahun ini di Eropah.
Baca: Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Golf GTI Edition 50 Kini Di Malaysia – Unit Terhad, CKD, Dari RM267,990 (Termasuk VAP)
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan secara rasmi pelancaran Volkswagen Golf GTI Edition 50.
09-08-2024
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.
05-11-2025
Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:
VPCM tarik balik 6,671 unit kereta yang membabitkan pelbagai model.
26-12-2023
Jom Tengok Golf R-Line Di Pusat Beli-Belah One Utama
VPCM mengadakan roadshow di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
24-02-2022
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Volkswagen Golf terbaharu di Litar Antarabangsa Sepang.
17-02-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
