Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Walaupun masih belum dilancarkan lagi, namun Volkswagen Golf GTI Edition 50 sudah menunjukkan taring sebenar apabila menjadi model Volkswagen terpantas yang berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit, di litar lagenda Nurburgring Nordschleife, Jerman baru-baru ini.
Walaupun catatan masa GTI Edition 50 ini agak mengagumkan, namun itu masih belum cukup untuk merebut gelaran kereta produksi pacuan roda depan (FWD) terpantas di litar tersebut.
Ini kerana rekod itu masih dipegang oleh Honda Civic Type R FL5 selepas berjaya menamatkan pusingan hanya dalam masa 7:44.481 minit.
Ia mampu memecut umpama pelesit disebabkan penggunaan kit ringan khas yang sudah tidak dijual lagi di pasaran luar Jepun.
Walaupun begitu, masa pusingan yang dicatat GTI edisi khas ini tetap menakjubkan kerana berjaya mengatasi kembarnya yang menggunakan pacuan semua roda, VW Golf R 20 Years, selepas mencatat masa 7:47:31 minit.
Sebelum Edition 50 ini, rekod terpantas bagi model Golf FWD dipegang oleh Golf GTI Clubsport S dengan masa 7:49:21 minit.


Di sebalik kejayaan Edition 50 ini adalah disebaban pemanduan pelumba Jerman, Benny Leuchter, yang juga pernah memandu Clubsport S dan R 20 Years semasa sesi pusingan rekod masing-masing.

Di sebalik catatan masa yang mengagumkan ini, VW masih belum mendedahkan butiran khusus mengenai Golf GTI Edition 50 akan datang, tetapi mengesahkan kereta rekod ini dilengkapi dengan pakej opsyenal Performance Package.
Pakej ini terdiri talaan casis khas, rim tempa ringan 19-inci bersaiz lebih besar yang dipadankan dengan tayar semi-slick Bridgestone Potenza, dan banyak lagi.
Bagi enjinnya pula, Edition 50 dijangka menerima sedikit peningkatan kuasa berbanding model GTI standard.
Untuk makluman, enjin 2.0-liter 4-silinder TSI pada Golf GTI Mk8.5 facelift mampu menghasilkan kuasa setakat 262 hp, manakala model R menawarkan kuasa sehingga 328 hp.

Difahamkan, Volkswagen Golf GTI Edition 50 ini bakal dilancarkan bersama model tahun 2026 (2026 MY) Golf Mk8.5, bertepatan dengan ulang tahun ke-50 sejak kemunculan pertama Golf GTI Mk1 di Frankfurt Motor Show pada tahun 1975.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3178
SELANGOR
BSP5914
JOHOR
JYV7839
PULAU PINANG
PSB8294
PERAK
APH1547
PAHANG
CFG3853
KEDAH
KGF6155
NEGERI SEMBILAN
NEK2839
KOTA KINABALU
SJR6742
KUCHING
QAB6923N
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Golf GTI Edition 50 Kini Di Malaysia – Unit Terhad, CKD, Dari RM267,990 (Termasuk VAP)
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan secara rasmi pelancaran Volkswagen Golf GTI Edition 50.
09-08-2024
Volkswagen Golf GTI 2023 Versi CKD Kini Dengan ADAS, Harga RM246K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah mengumumkan kehadiran Volkswagen Golf GTI Mk 8 versi CKD yang telah diberikan penambahbaikan.
27-03-2023
Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00
Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00
06-02-2023
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat