ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-byd-launched.png


BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan. Satu varian ditawarkan pada harga bermula daripada RM100,000.


Ciri Mekanikal BYD Atto 2


WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.15.02-PM.jpeg


Dipacu oleh platform e-Platform 3.0 terkini BYD, model yang dikenali sebagai Yuan Up di China ini ditawarkan dengan satu pilihan sistem elektrik iaitu dengan bateri LFP ‘Blade’ berkapasiti 51.13 kWj yang boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 410 km (NEDC) atau 350 km (WLTP). 


Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 7 kW dan DC 82 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 30% ke 80% adalah kurang daripada 30 minit. 


SUV elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik depan yang menghasilkan 174 hp  (130 kW) dan tork 290 Nm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.9 saat, cukup lincah untuk kegunaan harian.


Rekaan  & Kelengkapan BYD Atto 2


WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.35-PM.jpeg

WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.34-PM.jpegWhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.32-PM-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.33-PM.jpegWhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.31-PM.jpeg


Kenderaan elektrik (EV) terbaru daripada BYD ini diposisikan di antara model hatchback Dolphin dan SUV Atto 3.  Dari segi dimensi, model ini berkepanjangan 4,310 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,675 mm dengan jarak roda 2,620 mm.


CariCarz_TA_BYD-Atto-2_5.JPGCariCarz_TA_BYD-Atto-2_6.JPG

BYD-Atto2-Europe-4.jpgBYD-Atto2-Europe-7.jpgBYD-Atto2-Europe-5.jpgBYD-Atto2-Europe-6.jpg


Walaupun bersaiz kompak, Atto 2 menawarkan ruang kabin yang luas serta sarat dengan pelbagai ciri teknologi moden.  


WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.11.07-PM.jpegWhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.11.43-PM.jpeg


Model ini dilengkapkan dengan skrin infotainmen 12.8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, terdapat kluster instrumen digital 8.8 inci dan bumbung panoramik besar untuk pencahayaan semula jadi.


Atto 2 untuk pasaran Malaysia diberikan tempat duduk dalam balutan kulit sintetik dan hadir dengan ciri pengudaraan.


BYD-Atto2-Europe-9.jpgBYD-Atto2-Europe-10.jpg


Kelihatan kompak dari luar, tetapi cukup praktikal. Atto 2 menawarkan ruang but berkapasiti 400 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,340 liter apabila kerusi belakang dilipat.


Sarat dengan ciri canggih, Atto 2 hadir dengan pengecas tanpa wayar 50W, sistem NFC, kunci digital, kamera panoramik 3D lutsinar, TPMS dan sistem ADAS Tahap 2 termasuk ACC, ICC, AEB, LDA, FCW, RCW dan lain-lain. 


Harga Jualan, Jaminan & Pakej Menarik


WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.21.42-PM.jpeg


BYD Atto 2 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ski White, Harbour Grey danBreeze Green, dijual pada harga hanya RM100,000 termasuk pakej waranti yang berikut:

  • Waranti Kenderaan: 6 Tahun / 150,000 km
  • Waranti Bateri EV: 8 Tahun / 160,000 km & 70% SoH
  • Waranti Unit Pacuan: 8 Tahun / 150,000 km

WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.27.37-PM.jpeg


Setiap pembelian didatangkan dengan adapter vehicle-to-load (V2L) dan kabel pengecas 3-pin type-2 secara percuma. 


Istimewa untuk 800 pelanggan pertama yang membuat tempahan, ansuran RM0 selama 6 bulan melalui bank panel Sime Motor. Bagi pemilik rumah bertanah (landed), akan menerima Wall Box secara percuma.


WhatsApp-Image-2025-07-24-at-12.10.37-PM.jpeg


Manakala pemilik rumah di bangunan bertingkat (high-rise) di kawasan terpilih pula layak untuk mendapatkan langganan Sime Platinum 4+ oleh Power-Up selama 12 bulan, yang termasuk 4 kali servis pengecasan mudah alih ke pintu setiap bulan (80%), 2 kali cucian kereta sebulan, serta 2 kali servis penyelamatan EV percuma sepanjang tahun.


Pandu Uji BYD Atto 2


BYD-Atto2-Europe-3.jpg


Tertarik? Jom pandu uji model ini di Heritage Valley, Kuala Lumpur bermula esok, 25 hingga 27 Julai. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6710

SELANGOR

BST6147

JOHOR

JE690J

PULAU PINANG

PSF4736

PERAK

APL4145

PAHANG

CFH7023

KEDAH

KGJ204

NEGERI SEMBILAN

NEL7938

KOTA KINABALU

SJU467

KUCHING

QAB5461P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Volvo EX90?

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.