- Berita
- Kereta Baru
- Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia dalam satu acara yang diadakan di bilik pameran Ferrari di Four Seasons Place, Kuala Lumpur, awal hari ini.
Teknologi Hibrid: Enjin V6 Turbo 868 HP




Ferrari 296 Speciale didatangkan dengan sistem hibrid luar biasa yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik untuk kuasa maksimum yang menakjubkan.
Jentera berprestasi tinggi ini dijana oleh nadi pembakaran dalaman (ICE) V6 turbo yang berkapasiti 2,992cc. Enjin ICE itu sendiri sudah pun mampu menghamburkan kuasa setinggi 515 kW (690 hp/700 cv) pada 8,000 rpm.




Namun, apabila digabungkan dengan motor, kuasa keseluruhan melonjak kepada 648 kW (868 hp/880 cv), diiringi tork maksimum setinggi 755 Nm yang dicapai pada 6,000 rpm. Kuasa luar biasa ini disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik DCT F1 dwi-klac 8 kelajuan.
Kuasa penuh 868 hp ini boleh dicapai apabila eManettino (tombol mod pemanduan) ditetapkan dalam mod ‘Qualify’ dengan fungsi extra boost diaktifkan. Fungsi ini direka untuk memberikan lonjakan kuasa maksimum semasa keluar selekoh bagi mengurangkan masa pusingan litar.
Prestasi Mendebarkan: Lebih 330 KM/J!



Jentera berprestasi tinggi ini direka untuk ‘nikmat pemanduan sebenar’ (pure driving pleasure), dengan kemampuan pecutan yang meletakkannya setanding dengan kereta lumba:
- Pecutan 0-100 km/j: 2.8 saat (Mengalahkan banyak supercar yang terdapat di pasaran).
- Pecutan 0-200 km/j: 7.0 saat.
- Kelajuan Maksimum: > 330 km/j.
- Nisbah Berat/Kuasa Kering: 1.60 kg/cv (Sangat ringan dan lincah).
Bagi mengawal sistem trenkuasa berprestasi tinggi ini, 296 Speciale dilengkapi sistem brek seramik karbon (CCM) bersaiz 398 mm (hadapan) dan 360 mm (belakang), membolehkan ia berhenti sepenuhnya dari 200 km/j dalam hanya 106 meter.
Sebagai sebuah model hibrid plug-in, 296 Speciale dibekalkan dengan pek bateri kecil yang membolehkannya bergerak dalam mod elektrik tulen. Bateri yang digunakan berkapasiti kecil, 7.45 kWj, dengan jarak elektrik maksimum 25 km. Kuasa maksimum yang boleh dicapai dalam mod eDrive ialah 113 kW (152 hp/154 cv).
Aerodinamik & Ringan ‘Melampau’ Untuk Kelincahan Maksimum

Untuk meningkatkan kelincahan, Ferrari telah mengambil langkah drastik dalam usaha mengurangkan berat sehingga berjaya menghasilkan enjin V6 yang kira-kira 9 kg lebih ringan daripada enjin pada 296 GTB. Selain itu, model ini mempunyai berat kering hanya 1,410 kg. Ia turut dilengkapi dengan penyerap hentak single-rate Multimatic yang diambil dari model 296 GT3, serta spring titanium untuk meminimumkan berat keseluruhan.
Selain itu, Ferrari 296 Speciale dibangunkan dengan keupayaan downforce sebanyak 435 kg pada 250 km/j, peningkatan 20% berbanding 296 GTB, untuk cengkaman maksimum, dibantu oleh spoiler belakang aktif yang memastikan kestabilan optimum.
Dari segi rekaan, sudut hadapan kini dilengkapi splitter dan komponen ambilan udara yang lebih ekstrem, manakala bahagian belakang diserlahkan dengan pemasangan dua sayap sisi baharu.




Di bahagian dalaman, aura model versi eksklusif Ferrari terserlah dengan penggunaan gentian karbon dan Alcantara di pelbagai sudut kabin. Antara kelengkapan yang disediakan adalah termasuk meter digital sepenuhnya, sistem audio HiFi, dan logo eksklusif, 296 Speciale, yang diletakkan pada papan pemuka.
Harga Jualan Di Pasaran Malaysia
Ferrari 296 Speciale ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM4.288 juta untuk versi coupe, 296 Speciale, dan RM4.888 juta untuk versi convertible, 296 Speciale A. Harga ini adalah termasuk cukai dan duti import (tidak termasuk sebarang pilihan tambahan, kos pendaftaran dan insurans).
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!
Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".
30-04-2025
Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz
"Kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz, - Ketua Pemuda UMNO.
10-08-2026
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Lagi pemandu gaduh di lebuhraya.
09-08-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas
Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.
10-10-2025
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.
25-09-2025
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.
01-07-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

