ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah,  baru-baru ini.

Ia hadir dalam dua varian iaitu Active dan Boost.

Difahamkan, BYD Atto 2 DM-i ini tampil dengan beberapa perubahan kecil dimana ia kini lebih panjang 20mm berbanding kembar BEV.

Dari segi dimensi, BYD Atto 2 DM-i berukuran 4,330 mm panjang, 1,830 mm lebar dan 1,675 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,620 mm.

Perubahan  yang dibuat pada dimensi ini adalah berikutan daripada bampar hadapan yang direka semula, selain ia kini  menampilkan bukaan udara lebih besar dengan dua saluran udara menegak di kedua-dua sisinya.

image.png

Selain itu, versi PHEV turut menerima warna luaran khas Midnight Blue, selain terdapat logo DM-i baharu pada pintu belakang, untuk membezakannya daripada versi BEV.

Sebaliknya, antara yang dikekalkan ialah  lampu belakang LED penuh dengan lampU signatur Mobius infinity ring, rim aloi dwi-jejari 17 inci, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Walaupun digelar model peringkat permulaan, Atto 2 DM-i hadir dengan kabin yang cukup sempurna, luas serta dilengkapi dengan pelbagai ciri untuk memudahkan urusan si pemandunya.

Antaranya ialah skrin sentuh 12.8 inci dengan kawalan gerak isyarat untuk sistem penghawa dingin, kluster meter digital 8.8 inci, upholsteri kulit vegan untuk semua tempat duduk, lampu ambien, bumbung suria panoramik, pad pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.

image.png

Untuk ruang kargo, Atto 2 DM-i mendapat ruang but sedikit lebih besar iaitu 425 liter berbanding 380 liter pada versi BEV, dan ia boleh dibesarkan sehingga 1,335 liter dengan merebahkan tempat duduk belakang.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasa, model ini hadir dengan dua  pilihan rangkaian kuasa PHEV dimana  kedua-duanya menggunakan enjin petrol 1.5-liter 4-silinder ‘Xiaoyun’ yang menawarkan kecekapan termal 43.04% serta mampu menghasilkan kuasa sehingga 98 PS. 

Bagi varian tertingginya, enjinnya dipadankan dengan motor FWD tunggal yang mampu menghasilkan kuasa setakat 166 PS, sekali gus menjadikan ia mampu menghamburkan kuasa keseluruhan setakat 212 PS. I

Maka tidak hairanlah, SUV PHEV ini dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.5 saat serta mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.

image.png

Dari segi bateri, varian Atto 2 DM-i Active  dilengkapi dengan bateri 7.8 kWh yang mampu memberikan jarak elektrik sepenuhnya sehingga 39 km, serta jarak gabungan sehingga 929 km.

Sementara itu, varian Boost menerima bateri berkapasiti  18 kWh yang menawarkan jarak EV sahaja sehingga 90 km (WLTP), dengan jumlah jarak WLTP maksimum sehingga 1,000 km.

image.pngimage.png

Untuk pengecasan, varian Active hanya menyokong pengecasan AC 3.3 kW, manakala Boost menyokong sehingga 6.6 kW AC.

Baterinya boleh dicas  dari 15% hingga 100% dalam  tiga jam. Bagaimanapun, hanya varian Boost menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) pada kadar 3.3 kW.

Dari aspek keselamatan, Atto 2 DM-i di Eropah dilengkapi pelbagai fungsi ADAS, termasuk Sistem Pemantauan Pemandu (DMS), Kawalan Jelajah Adaptif dan Pintar (ACC/ICC), Kawalan Had Laju Pintar dan Bantuan Kekal Lorong Kecemasan.

Malah terdapat  juga ciri Bantuan Keluar Lorong (LDA), Pengesanan Titik Buta (BSD), Amaran Pintu Terbuka (DOW), Pengecaman Tanda Jalan (TSR), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Pelanggaran Hadapan dan Belakang (FCW, RCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Brek Trafik Lintas Belakang (RTCB), dan banyak lagi.

Dikhabarkan, BYD Atto 2 DM-i akan mula dijual di Eropah pada penghujung 2026, dengan penghantaran pertama dijangka bermula sekitar musim bunga tahun depan untuk pasaran UK.

Memandangkan pasaran UK berada dalam senarai penerima SUV PHEV ini, terdapat kemungkinan tinggi bahawa Atto 2 DM-i juga akan memasuki pasaran global pemanduan kanan (RHD) lain seperti Thailand, Australia, dan juga Malaysia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026

Berita Terkini

Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global
BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.