Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.


Sebelum dibawa masuk ke Malaysia, BYD Shark ini sebenarnya sudah didedahkan di Thailand namun malangnya, jualannya terpaksa ditangguhkan memandangkan sasaran tempahan tidak mencapai 500 unit.

Berdasarkan media tempatan di Thailand, tempahan model ini terpaksa dibatalkan disebabkan harganya. Di Thailand, Shark 6 PHEV dijual pada harga 1.7 juta baht (sekitar RM221,000), dimana harganya dilihat agak mahal berbanding pesaing terdekatnya seperti Toyota Hilux dan beberapa trak pikap lain.
Susulan itu, ia dibawa ke Malaysia hari ini kerana model trak pikap ini dilihat antara model yang diminati rakyat Malaysia.

Dari segi dimensi, BYD Shark PHEV ini berukuran 5,457mm (panjang), lebar 1,971mm, (tinggi) 1,925mm manakala jarak roda pula 2,920mm. Ia yang seberat 2,710kg dikatakan mempunyai kapasiti tunda sehingga 2,500kg.
Mengenai trenkuasanya, trak pikap ini yang disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo mampu menghasilkan kuasa setakat 321kW (430hp) dan tork 650Nm . Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.7 saat.


Menyentuh mengenai pengecasannya, ia menyokong pengecasan AC 7 kW atau pengecasan pantas DC sehingga 55 kW. Untuk itu, bateri boleh dicas dari 30-80% hanya dalam masa 25 minit. Ia juga didatangkan dengan fungsi V2L 3.3 kW.
BYD mendakwa sehingga 54% daripada badan Shark 6 dibina menggunakan keluli berkuatan tinggi. Syarikat itu turut menambah bahawa pek bateri LFP ‘Blade’ berkapasiti 30 kWh yang terletak di lantai kabin berkembar berfungsi sebagai komponen struktur, menyumbang sehingga 38% kepada ketegaran struktur trak tersebut.
Malah, unit pacuan sebelah kanan (RHD) yang kami tinjau hari ini agak besar dan didatangkan dengan tayar bersaiz 18 inci.
Kami juga ingin menambah bahawa ia menawarkan kapasiti ruang kargo rata (flatbed) seluas 1,450 liter iaitu lebih besar berbanding angka 1,233 liter milik Ford Ranger.

Bagi jarak perjalanan pula, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 100 KM manakala jarak gabungan petrol-elektrik mencecah 840 km. Selain itu, BYD turut mendakwa angka penggunaan bahan api purata yang sangat rendah iaitu 2.0 liter/100 KM.
Melihat kepada angka tersebut, ia mungkin mampu menawan hati pembeli yang menginginkan trak pikap yang menjimatkan kos.

SARAT DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN
Seperti kebanyakan produk “premium” dan elektrik dari China yang dijual di pasaran tempatan, BYD Shark 6 juga hadir dengan pelbagai teknologi dan kemudahan canggih.
Antaranya seperti skrin sentuh infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci, paparan instrumen digital 10.25 inci, serta sistem kawalan suhu dwi-zon automatik dan banyak lagi.


Seperti kenderaan buatan China yang lain, BYD Shark 6 turut dilengkapi sistem bantuan ADAS yang membolehkan tahap pemanduan separa autonomi yang tinggi. Antara sistem yang disertakan ialah kawalan jelajah adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), pemantauan titik buta (BSM), serta sistem kamera 360 darjah.

Apa pula pandangan anda mengenai BYD Shark 6 ini? Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS8607
SELANGOR
BSU2476
JOHOR
JF3087J
PULAU PINANG
PSG1617
PERAK
APL9382
PAHANG
CFH9330
KEDAH
KGJ3538
NEGERI SEMBILAN
NEM1921
KOTA KINABALU
SJU4356
KUCHING
QAB7136P
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!
BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.
09-03-2026
BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!
Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.
10-12-2025
Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET
Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors.
09-10-2025
BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu
Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.
07-10-2025
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

