Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Selepas Thailand dan United Kingdom, Jaecoo J5 elektrik yang merupakan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) pula dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.
Di pasaran Indonesia, SUV elektrik segmen-B ini ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula serendah 249.9 juta rupiah (RM62,949) untuk varian Standard dan 299.9 juta rupiah (RM75,544) untuk varian Premium tertinggi.

Bagaimanapun, harga yang dinyatakan di atas adalah harga early-bird yang terhad kepada 1,000 pembeli pertama sahaja.


Kedua-dua varian ini menggunakan trenkuasa yang sama, selain menampilkan pek bateri berkapasiti 60.9 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 461 km mengikut piawaian NEDC. Kuasa hamburan yang disalurkan melalui motor pacuan roda hadapan (FWD) menyebabkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 208 hp (155 kW) dan 288 Nm, selain mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 7.3 saat.
Dari segi pengecasan, J5 EV versi Indonesia menyokong pengecasan AC dan DC, dengan kadar pengecasan pantas DC sehingga 130 kW — membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam masa 28 minit. Seperti kebanyakan EV lain, J5 EV juga dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) pada kadar 3.3 kW, menjadikannya seolah-olah “power bank” gergasi mudah alih.
Menjengah luarannya, J5 EV pasaran Indonesia kelihatan hampir sama seperti dengan versi Thailand. Ia hadir dengan gril dengan lampu utama LED berbentuk segi empat, lampu belakang LED yang nipis, rim aloi 18 inci dengan penutup jejari aerodinamik.
Dari segi dimensi, J5 EV berukuran 4,380 mm panjang, 1,860 mm lebar, dan 1,650 mm tinggi dengan jarak roda 2,620 mm, meletakkannya setara dengan EV crossover segmen-B popular lain seperti MG S5 EV, BYD Atto 2, dan Chery Omoda E5 daripada kumpulan yang sama di Wuhu.

Sementara itu, bahagian kabinnya pula menawarkan skrin infotainmen tengah 13.2 inci, panel meter digital 8 inci, kerusi depan berkuasa dan berpengudaraan dengan kemasan kulit sintetik, sistem audio lapan pembesar suara, lampu ambien, bumbung suria berkuasa, dan banyak lagi.

Walaupun Thailand dan Indonesia sudah menerima Jaecoo J5 EV, Malaysia setakat ini hanya disahkan menerima versi enjin pembakaran dalaman (ICE), yang dijangka dilancarkan menjelang hujung tahun ini dengan anggaran harga sekitar RM120,000.
Namun adakah Omoda | Jaecoo Malaysia akan mempertimbangkan untuk menawarkan J5 EV bersama versi ICE, atau adakah lebih baik jika varian hibrid diperkenalkan terlebih dahulu?
Apa pula pandangan anda? Kongsikan!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir
Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
06-01-2026
SUV Jaecoo J5 Dipertontonkan – SUV Segmen B Terbaru, Pelancaran di Malaysia 2025?
SUV crossover segmen B terbaru, Jaecoo J5, telah membuat penampilan sulung globalnya baru-baru di 2024 Omoda Jaecoo International User Summit.
21-10-2024
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.
13-01-2026
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Jaecoo J8 Dipertontonkan Di 1Utama 27-30 Mac Ini – Pelancaran Tidak Lama Lagi?
Selepas lebih setahun diperkenalkan kepada media automotif tempatan, Jaecoo J8 kini ‘bersedia’ untuk membuat kemunculan umum secara rasmi.
21-03-2025
Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula
Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.
13-02-2025
Omoda C9 Masuk M'sia Disember Ini, Harga Anggaran RM185K
Omoda C9 yang dipasang secaran tempatan (CKD) akan hadir dalam dua varian: AWD dan 2WD.
06-11-2024
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

