- Berita
- Berita Auto
- Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini
Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia, melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia ,BYD Tech Discovery Day semalam.
Acara bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, BYD Tech Discovery itu berlangsung bermula dari hari ini hingga 16 November ini di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.

Acara yang merupakan teknologi mobiliti elektrik pertama di Malaysia yang bertujuan memberi inspirasi kepada pemandu, peminat kenderaan elektrik (EV), dan rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk menerokai generasi baharu teknologi pintar dan mobiliti lestari.
Dari teknologi perintis seperti Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah kepada sistem pintar yang mentakrifkan semula prestasi serta keselesaan, BYD terus mendahului dalam membentuk masa depan yang lebih bersih dan pintar untuk semua.
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia mengunjungi acara kerana anda boleh merasai sendiri semangat dan inovasi di sebalik teknologi mereka.

"Acara ini menyediakan pameran Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah ke DiSus Intelligent Body Control System serta pelbagai sistem pintar lain.
"Kami memikul tanggungjawab besar untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai masa depan mobiliti selain memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan potensi, keterujaan, dan visi global dalam usaha mengurangkan suhu bumi sebanyak 1 darjah,'" katanya.

"Jelajah BYD Tech Discovery ini adalah cara kami berkongsi perjalanan tersebut bersama rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar pameran, tetapi detik penting dalam gerakan nasional menuju masa depan yang lebih bersih dan mampan," katanya.
Pada acara itu, pelbagai aktiviti disediakan seperti sesi pandu uji barisan model BYD dan Denza, pameran teknologi elektrik, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Malah, para pengunjung boleh terus membuat tempahan BYD M6, BYD ATTO 3 ULTRA, atau BYD SEALION 7 yang menawarkan penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000. Terdapat juga tawaran -in termasuk rebat sehingga RM11,000 bagi BYD ATTO 2 dan BYD SEAL baharu, atau rebat RM15,000 / pembiayaan tanpa faedah (0%) untuk DENZA D9.

Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

