- Berita
- Berita Auto
- Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?
Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

Nampaknya ramai rakyat Malaysia masih belum membayar saman tertunggak kerana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.
Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Difahamkan, daripada jumlah itu, lebih 1.3 juta saman dikeluarkan atas kesalahan melebihi had laju menerusi sistem Automated Awareness Safety System (AwAS).
"Di bawah JPJ P (22), iaitu kategori pelbagai kesalahan, sebanyak 3.685 juta saman telah dikeluarkan secara serta-merta. Selain itu, terdapat juga saman lain di bawah Notis 114 dan Notis 115. Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 5.5 juta saman tertunggak," katanya.
Untuk itu, orang ramai diminta supaya memanfaatkan diskaun saman yang ditawarkan dan menjelaskan saman tertunggak sebelum 30 Disember tahun ini.
"Jadi, saya ingin memberikan peringatan bahawa tempoh yang kita berikan ini merupakan tempoh kelonggaran. Kita memberikan masa selama dua bulan kepada orang ramai untuk menyelesaikan semua saman tertunggak, dengan tawaran diskaun sebanyak 50%. Ini bermaksud mereka hanya perlu membayar separuh daripada jumlah kompaun asal yang dikenakan.
"Selepas 1 Januari 2026, sekiranya masih terdapat saman tertunggak yang belum dijelaskan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) pemilik kenderaan akan disenarai hitam. Ini bermakna mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka dan ini akan diintegrasikan dalam sistem MySikap", katanya lagi.
Seperti sedia maklum, bermula 1 Januari ini, kadar pembayaran saman akan ditentukan berdasarkan tempoh pembayaran.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9309
SELANGOR
BST4692
JOHOR
JD6431J
PULAU PINANG
PSF3439
PERAK
APL2659
PAHANG
CFH6327
KEDAH
KGH8760
NEGERI SEMBILAN
NEL7039
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok
JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.
11-08-2026
JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat
12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!
10-08-2026
Berita Terkini
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat