Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Percaya atau tidak, lebih 1,000 ibu tunggal dan wanita warga emas di Kelantan dikesan menjadi mangsa sindiket warga asing yang menyalahgunakan nama mereka untuk mendaftar kenderaan sejak 2025.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan taktik licik janji perkahwinan dan peluang perniagaan ini mendedahkan mangsa kepada risiko undang-undang yang berat.
Taktik Licik Warga Asing Jerat Golongan Rentan di Kelantan
Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, mendedahkan bahawa sindiket warga asing sengaja menyasarkan golongan rentan ini. Mereka menggunakan taktik menjanjikan perkahwinan atau menawarkan peluang perniagaan palsu bagi mengaburi mata mangsa.
"Ini taktik baharu yang boleh saya sahkan sudah dikesan, iaitu warga asing menggunakan wanita warga emas, ibu tunggal, balu dan golongan lebih berusia dengan menjanjikan untuk berkahwin atau menawarkan peluang perniagaan," katanya.
Syarat Tersembunyi di Sebalik Janji Manis
Sebagai syarat kepada janji palsu tersebut, warga asing terbabit mendesak agar kenderaan seperti kereta atau motosikal didaftarkan di atas nama mangsa wanita tempatan.
Selepas urusan pendaftaran selesai, kenderaan tersebut akan diambil dan digunakan di atas jalan raya. JPJ turut mendapati termasuk golongan pelarian seperti Rohingya turut terlibat dalam memanipulasi nama rakyat tempatan untuk membeli kenderaan.
Risiko Besar Menanti Pemilik Nama Asal
Tindakan membenarkan nama digunakan membawa padah yang besar kepada pemilik berdaftar. Jika kenderaan itu terlibat dalam kemalangan atau aktiviti jenayah, pemilik asal nama terbabit bakal berdepan tindakan undang-undang yang tegas.
JPJ menasihatkan wanita di Kelantan, khususnya yang berusia 60 hingga 70 tahun, agar lebih berwaspada jika didekati lelaki warga asing berusia 30-an. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis kerana ia boleh membawa kemudaratan diri sendiri.
Amaran Keras dan Tindakan Tegas JPJ
Pihak JPJ memandang serius isu penipuan ini dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang mengambil mudah aspek keselamatan identiti.
Malah, JPJ kini bersedia memohon tindakan mahkamah yang lebih tegas terhadap warga asing yang mengulangi kesalahan sama, termasuk hukuman penjara mandatori bagi membendung aktiviti haram ini daripada terus berleluasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA5243
SELANGOR
BSV3006
JOHOR
JH7850J
PULAU PINANG
PSH5489
PERAK
APN2204
PAHANG
CFJ4674
KEDAH
KGJ9204
NEGERI SEMBILAN
NEM6629
KOTA KINABALU
SJV2974
KUCHING
QAB783Q
Terakhir Kemas Kini 23 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Berita Terkini
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

