- Berita
- Berita Auto
- Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025
Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Pengeluar kereta nasional, Proton, disahkan bersedia untuk memperluaskan rangkaian model e.MAS 7 dengan pengenalan varian baharu, hibrid plug-in (PHEV). Pengesahan ini datang daripada Ketua Pegawai Penjenamaan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sendiri, Salawati Yusoff.
"Kami akan mempamerkan teknologi trenkuasa PHEV untuk e.MAS 7 di acara Proton Tech Showcase 2025 yang akan berlangsung bulan ini," katanya dalam episod podcast Tekan Habis yang disiarkan minggu ini. Video yang dimaksudkan dikongsikan di bawah:
Walaupun Salawati tidak mendedahkan butiran yang terperinci, kenyataan beliau secara dasarnya adalah pengesahan rasmi mengenai perancangan Proton untuk membangunkan dan memperkenalkan varian PHEV bagi SUV segmen C elektrik yang kini 'terlajak laris' di Malaysia.
Bukti e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba Di Malaysia

Sebelum pengumuman ini dibuat, prototaip e.MAS 7 PHEV yang dilitupi pelekat samaran telah dikesan sedang diuji di jalan raya tempatan. Ini kebiasaannya satu petanda bahawa model tersebut akan tiba tidak lama lagi.
Walaupun perkara ini belum diumumkan secara rasmi, kami yakin e.MAS 7 PHEV ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjong Malim.
Spesifikasi Trenkuasa Yang Digunakan e.MAS 7 PHEV



e.MAS 7 PHEV dijangka berkongsi asas rekaan yang sama dengan model kembarnya yang sedia ada, iaitu Geely Galaxy Starship 7 PHEV. Kedua-dua Galaxy E5 (e.MAS 7) versi elektrik dan varian PHEV ini dibina di atas platform i Global Intelligent New Energy Architecture (GEA).
e.MAS 7 PHEV dijangka akan menggunakan pakej trenkuasa hibrid NordThor EM-I Petrol-Elektrik Geely, yang terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural (111 PS dan 136 Nm) dan motor elektrik 11-dalam-1, digabungkan dengan Transmisi Hibrid Khusus (DHT), menghasilkan 238 PS dan 262 Nm. Gabungan kedua-dua sistem ini dijangka dapat menawarkan output kuasa keseluruhan mencecah 330 PS.
Jarak Perjalanan e.MAS 7 PHEV Dengan Cas & Tangki Penuh
e.MAS 7 PHEV dijangka akan dipasangkan dengan pek bateri jenis LFP Aegis ‘Short Blade’ Geely, dengan kapasiti yang lebih kecil iaitu 19.09 kWj berbanding pada model EV. Bateri ini mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 130 km.
Dengan tangki petrol dan cas bateri yang penuh, jarak pemanduan gabungan (Petrol-Elektrik) model ini dianggarkan mencapai sehingga 1,420 km (kedua-duanya berdasarkan piawaian CLTC).
Proton Tech Showcase 2025
Gambaran yang lebih jelas tentang teknologi PHEV ini akan didedahkan di acara PRO-NET di Proton Tech Showcase 2025 yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 5 Disember, hingga Ahad, 7 Disember ini di Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam.
Selain pendedahan mengenai teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV), pameran mini ini juga bakal memperlihatkan teknologi lain daripada Proton yang termasuklah enjin 4 silinder generasi baharu ‘i-GT’ yang menjadi nadi kepada model X50 versi facelift dan Saga generasi keempat yang baru dilancarkan.
Enjin 'i-GT' ini juga hangat diperkatakan sebagai enjin yang akan menggerakkan sedan S70 yang akan datang. Prototaipnya yang diselubungi pelekat samaran turut dikesan baru-baru ini di jalan raya Malaysia.
Juga Menarik: Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7181
SELANGOR
BSQ8573
JOHOR
JYY8042
PULAU PINANG
PSD1475
PERAK
APJ2670
PAHANG
CFG7947
KEDAH
KGG5327
NEGERI SEMBILAN
NEK6701
KOTA KINABALU
SJS4390
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.
04-02-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM100,000-RM130,000
Proton e.MAS 7 PHEV sudah boleh ditempah.
13-01-2026
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
PROTON Business Case Challenge 2025, Cungkil Bakat Mahasiswa Dalam Industri Automotif
PRO-NET, anak syarikat PROTON, menganjurkan pertandingan Proton Business Case Challenge 2025 untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam industri automotif terutamanya kenderan elektrik.
19-11-2025
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
