Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON,melakar sejarah baharu apabila Proton e.MAS telah mencatat satu lagi pencapaian penting apabila melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan pertama tahun 2026.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama xEV No. 1 di Malaysia.
Bagi separuh pertama tahun 2026, Proton e.MAS menguasai 42.6% bahagian pasaran kenderaan elektrik (EV) serta 41.8% bahagian pasaran xEV di Malaysia, mencerminkan kepimpinannya dalam memacu pertumbuhan segmen kenderaan berelektrifikasi di negara ini.
Pencapaian ini mencerminkan sambutan positif terhadap keseluruhan portfolio Proton e.MAS. Proton e.MAS 7 kekal sebagai model terlaris jenama ini, menyumbang 15.8% daripada jumlah keseluruhan jualan, manakala Proton e.MAS 5 mencatat sumbangan terbesar sebanyak 60.9% apabila semakin ramai rakyat Malaysia menerima mobiliti elektrik yang lebih mampu milik.


Sebagai model terkini dalam portfolio Proton e.MAS, Proton e.MAS 7 PHEV turut menerima sambutan menggalakkan dengan menyumbang 23.3% daripada jumlah keseluruhan jualan. Sambutan ini menunjukkan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik yang menawarkan kelebihan pemanduan elektrik serta keupayaan perjalanan jarak jauh.
Di sebalik pencapaian ini, kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan lebih 20,000 rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS serta visi jenama ini untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih praktikal, mudah diakses dan relevan dalam kehidupan seharian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET., Zhang Qiang berkata, setiap pencapaian bermula dengan satu kepercayaan daripada pelanggan kami.

"Kejayaan Proton e.MAS melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan tidak akan tercapai tanpa keyakinan, sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakyat Malaysia yang telah memilih Proton e.MAS.
"Pencapaian ini adalah kejayaan bersama, dan kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam menjadikan Proton e.MAS sebahagian daripada kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP5720
SELANGOR
BST5917
JOHOR
JD9679J
PULAU PINANG
PSF4541
PERAK
APL3910
PAHANG
CFH6912
KEDAH
KGH9852
NEGERI SEMBILAN
NEL7835
KOTA KINABALU
SJU104
KUCHING
QAB5432P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.
04-02-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM100,000-RM130,000
Proton e.MAS 7 PHEV sudah boleh ditempah.
13-01-2026
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
Berita Terkini
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat