Honda Buka Tempahan Honda Civic Generasi Ke-11
Setelah lama dinanti-nantikan, Honda Malaysia akhirnya membuka tempahan model generasi ke-11, Honda Civic baru-baru ini.
Pembuat kereta Jepun itu menggelarnya sebagai Civic paling seronok untuk dipandu. Ia akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Madola Chujo berkata, sejak ia diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2001, pihaknya telah berjaya menjual sebanyak 148,000 Honda Civic.
Civic generasi ke-10 itu yang dilancarkan pada tahun 2016 telah berjaya menyumbangkan lebih 66,000 unit dari jualan keseluruhan Civic sekali gus menerajui segmen-C dengan pegangan pasaran sebanyak 71 peratus setakat Oktober 2021.
“Civic generasi ke-11 ini, menampilkan nilai moden yang klasik. Ia menawarkan cebisan masa depan sekali gus meningkatkan penanda aras sedan segmen-C selain mengekalkan ciri terbaik yang ada pada DNA Civic yang amat disukai oleh rakyat Malaysia. Civic serba baharu ini adalah legasi sebenaryang dilahirkan semula!,” katanya.
Honda Civic baharu ini dikatakan lebih besar dan luas. Apa tidaknya, jentera ini berukuran 4,678 milimeter (mm) panjang, 1,802 mm lebar, 1,415 mm tinggi dan 2,735 mm jarak antara roda,
Buat pertama kali untuk Honda Civic, ia menggunakan teknologi Lazer Brazing, yang bertujuan untuk memberikan garis bumbung yang lebih halus serta kerangka badan yang lebih kukuh.
Pada pandangan kasar, ia kelihatan agak sporty dan garang. Lebih menarik, ia akan menampilkan varian RS buat julung kalinya.
Honda Civic RS serba baharu ini dilengkapi dengan perumah cermin sisi hitam, antena sirip jerung, pemegang pintu luaran, spoiler belakang baru dan rim aloi hitam matt 18-inci.
Kini, terdapat juga lampu utama LED serta lampu nyalaan siang LED rekaan baru, manakala DNA penggayaan ini terserlah juga di bahagian belakang kerana menggunakan lampu belakang kombinasi LED.
Menyentuh mengenai prestasinya, ia menggunakan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo sekali gus mampu menghamburkan 180hp dan tork 240Nm.
Untuk info, ia juga hadir dengan mod pemanduan baharu iaitu ECON, Normal dan Sport yang boleh mudah ditukar menerusi suis mod pemanduan.
Mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan Honda Sensing yang dipertingkatkan dengan ciri baharu.
Ia terdiri daripada Kawalan Penjelajahan Adaptif, Ikut Kelajuan Rendah, Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran, Amaran Perlanggaran Hadapan, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Mitigasi Keluar Jalan, Amaran Keluar Laluan dan Lampu Suluh Tinggi.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Pemanduan Tangkas, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasa, Sistem Brek Anti- Kunci, Agihan Daya Brek Elektronik, Bantuan Mula Mendaki, Kunci Automatik Jarak Jauh, Peninjau Tumpuan Pemandu termasuk Penghidup Enjin Jarak Jauh.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.honda.com.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPL3854
SELANGOR
BSG5280
JOHOR
JYD8403
PULAU PINANG
PRS6478
PERAK
ANY2855
PAHANG
CFC7856
KEDAH
KGB4969
NEGERI SEMBILAN
NEG5437
KOTA KINABALU
SJL8642
KUCHING
QAB7393L
Terakhir Kemas Kini 26 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2025
Berita Terkini
Himpunan Turun Anwar: Semua Pengangkutan Awam Operasi Seperti Biasa
Jangan risau, semua perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan PRASARANA, akan beroperasi seperti biasa, esok.
25-07-2025
Himpunan Turun Anwar: KL Sesak Esok, 16 Jalan Dilencongkan, Orang KL Diminta Rancang Perjalanan!
Sebanyak 16 laluan di sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan gara-gara Himpunan Turun Anwar tengah hari esok (26 Julai 2025).
25-07-2025
Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat
Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.
25-07-2025
DBKL Terima Aduan 1,000 Kereta Terbiar Dalam 5 Bulan
Hanya dalam lima tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan kenderaan buruk atau terbiar.
25-07-2025
Tol Percuma Musim Perayaan Untuk Tahun Depan, Masih Belum Diputuskan
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkenaan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan untuk tahun depan.
25-07-2025
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.
25-07-2025
WMoto Bobbie VII Versi Sidecar Dilancar, Harga Bawah RM50,000
Motosikal sidecar ini mendapat kelulusan daripada JPJ.
24-07-2025
Susur Keluar ke Taman Melawati/Ulu Kelang Ampang , Ditutup 11 Malam Ini!
Susur keluar Hillview ke Taman Melawati/Ulu Kelang bermula jam 11 malam ini sehingga 5 pagi esok.
24-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat