WMoto Bobbie VII Versi Sidecar Dilancar, Harga Bawah RM50,000

MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan WMoto Bobbie VII versi sidecar untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM48,888, baru-baru ini.
Apa yang lebih menarik, MForce menawarkan diskaun sebanyak RM2,000 untuk 1,000 pembeli pertama dan pihak syarikat sudah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dua tahun perbincangan.
Jualan motosikal dengan sidecar adalah yang julung kalinya dijual secara rasmi di Malaysia. Walaupun bukan sesuatu yang baharu di luar negara, motosikal tiga roda dengan sidecar tidak begitu popular Malaysia berbanding di pasaran-pasaran tertentu di seluruh dunia.
Untuk itu, berikut adalah beberapa fakta menarik yang perlu diketahui tentang sub-genre motosikal ini dan apa yang berlaku dalam landskap permotoran tempatan sehingga akhirnya ia dibenarkan untuk jualan dan pembelian secara sah di negara ini.
1. Ini Bukan Kali Pertama Sidecar Cuba Dijual Di Malaysia!
Walaupun MForce secara rasmi yang pertama membawa motosikal dengan sidecar untuk dijual di Malaysia, ini BUKAN percubaan pertama.


Pada tahun 2016, sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai Reed Motorcycle Company yang dipercayai beroperasi di Kampung Baru, KL, pernah cuba menjadi pengimport jenama Ural Motorcycles iaitu sebuah jenama motosikal sidecar yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa.
Difahamkan, percubaan awal ini gagal direalisasikan. Ini mungkin disebabkan produk jenama Rusia itu yang menampilkan rekaan klasik atau ‘retro’ tidak mendapat kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Begitupun, laman Facebook mereka masih wujud, Reed Motorcycle Company tidak lagi kedengaran selepas itu, dan impian untuk melihat sidecar motosikal dijual di Malaysia turut terkubur… sehinggalah ketibaan model terbaharu ini.
2. Isu Kenderaan LHD dan RHD, Rupa-Rupanya Penting...
Satu fakta menarik yang kami ketahui menerusi pelancaran WMoto Bobbie VII Sidecar ialah keadaan pemanduan sebelah kiri (LHD) atau kanan (RHD) memainkan peranan penting dalam konfigurasi sidecar motosikal.
Ini mungkin menjelaskan perubahan kedudukan sidecar pada model WMoto ini.

Sebelum ini, ketika MForce pertama kali memperkenalkan WMoto Bobbie VII Sidecar secara pra-tonton di Malaysia pada tahun 2023, sidecar tersebut dipasang di sebelah kanan motosikal – seperti kereta LHD. Namun, semasa pelancaran rasmi hujung minggu lalu, ia telah dipasang di sebelah kiri motosikal, seiring dengan rekaan kereta RHD.
Mungkin inilah juga sebab utama mengapa pelancaran rasmi model ini mengambil masa hampir dua tahun selepas pra-tonton. Walaupun ada yang mengaitkan faktor ini sebagai punca kegagalan percubaan membawa masuk jenama Ural sebelum ini, perlu dinyatakan bahawa versi RHD produk jenama itu sebenarnya sudah wujud sebelum tahun 2016 lagi.
3. Anda Kena Ada Lesen Motorsikal Kelas B-Full
Jika anda ada menyimpan niat untuk menunggang motosikal yang penuh gaya retro ini manakala penumpanya duduk di sebelah anda, yang pertama, anda perlu memiliki lesen motosikal kelas B-Full sebelum boleh menunggang WMoto Bobbie VII Sidecar ini.

Ini kerana motosikal asas Bobbie VII WMoto ini dikuasakan enjin sejukan cecair 693cc jenis parallel-twin yang menghasilkan kuasa setakat 74 HP dan tork 64 NM. Sebagai peringatan, untuk menunggang mana-mana motosikal di Malaysia yang berkapasiti lebih 250cc, anda perlu memiliki lesen kelas B-Full .
Selain lesen khas ini, anda juga perlu mempunyai kemahiran tambahan untuk mengendalikan motosikal dengan sidecar – atau mana-mana model lain yang seumpamanya. Ini kerana sifat tunggangan dan pengendalian motosikal akan berubah secara ketara apabila ia dilengkapi sidecar.
Sebagai motosikal dengan sidecar, Bobbie V7 ini turut hadir dengan fungsi reverse bagi memudahkan penunggang sewaktu parkir. Bahagian penumpang juga dilengkapi dengan tali pinggang keledar dan wajib dipakai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
