Honda tawar rebat bernilai RM5,000
Berita baik kepada pengguna yang berhasrat untuk membeli kereta keluaran Honda memandangkan Honda Malaysia mengumumkan pihaknya menawarkan Rebat Istimewa Honda 1 Million Dreams bernilai RM5,000.
Tawaran itu dibuka kepada model Honda City dan Honda BR-V sempena kempen 1 Million Dreams yang dilancarkan seiring pengeluaran unit ke satu juta syarikat berkenaan.
Rebat “Honda 1 Million Dreams Special” menawarkan Rebat Tunai, Baucar Servis dan Baucar Alat Ganti bagi pelanggan yang mendaftar untuk Honda City dan Honda BR-V.
Rebat ini sah dari 16 hingga 31 Mac 2021.
Untuk pengetahuan anda, sejak Honda City serba baharu dilancarkan pada tahun lalu, syarikat Honda teruja untuk memasarkan teknologi, pemacu enjin baharu dan reka bentuk jentera ini.
Jika dilihat dari segi dalaman Honda City serba baharu ini, ia dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) yang dipadankan dengan CVT.
Varian V didatangkan dengan lampu hadapan LED baharu lengkap dengan Lampu Nyalaan Siang Hari LED, lampu kabus LED baharu, lampu brek LED baharu, serta rim aloi 16 inci.
Sementara itu, variasi V dan E hadir dengan kelengkapan yang memudahkan pemandu seperti penghidup enjin jarak jauh serta sambungan Apple CarPlay/Android Auto.
Dari segi kelengkapan keselamatan pula, varian V bagi City serba baharu dilengkapi dengan enam beg udara serta teknologi Honda LaneWatch.
Bagi kereta BR-V, ia dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC (120 PS/145 Nm) dan dipadankan dengan CVT.
BR-V varian V, ia hadir dengan ‘paddle shifters’ dan ia juga dikemaskini dengan luaran yang menarik.
Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, antena sirip jerung, bampar belakang baharu dengan hiasan bahagian bawah termasuk rim aloi dwi-tona 16 inci yang baharu.
Sehubungan itu, Honda Malaysia menggesa para pelanggan yang berhasrat untuk membeli Honda City serba baharu atau BR-V untuk membuat pendaftaran di cawangan pengedar sah Honda sebelum 31 Mac ini bagi menikmati promosi rebat tersebut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ4057
SELANGOR
BSF9721
JOHOR
JYC6198
PULAU PINANG
PRS1719
PERAK
ANX3895
PAHANG
CFC4478
KEDAH
KGB2592
NEGERI SEMBILAN
NEG3980
KOTA KINABALU
SJL5715
KUCHING
QAB6330L
Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Terkini
Jalan Ditutup Sempena AMM Ke-58 Bermula 8-11 Julai 2025, Rancang Perjalanan Anda!
Sebahagian jalan di Kuala Lumpur ditutup namun dilencongkan ke laluan lain.
04-07-2025
Trak Tentera Masuk Tasik, Rupanya Ada Masalah Brek
Tiga anggota tentera yang berada di dalam trak itu terselamat .
04-07-2025
Takungan Air Dalam Terowong, Punca Perkhidmatan Aerotrain Digantung
Gara-gara hujan lebat, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digantung sementara selama lebih sejam pada pagi tadi.
04-07-2025
Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam
Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.
04-07-2025
4 Penyamun Bersenjata Parang Tak Jadi Samun, Mangsa Lepaskan Das Tembakan
Empat penyamun bersenjatakan parang yang cuba menyamun seorang pemandu kereta terkejut besar apabila mangsa melepaskan beberapa das tembakan.
04-07-2025
Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.
04-07-2025
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Rasionalisasi RON95: Tanggungjawab Bertambah, Pengusaha Stesen Minyak Mohon Upah
Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian insentif upah khas kepada pengusaha stesen minyak.
04-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat