Land Rover Defender V8 Serba Baharu
Land Rover telah memperkenalkan Defender versi kuasa V8 yang dinamakan Defender V8. Model ini didatangkan dalam dua bentuk badan berbeza iaitu Defender 90 dan juga 110.

Defender V8 disesuaikan dengan enjin petrol V8 5.0 liter dengan sistem pengecas lampau yang mampu menjana sehingga 525 hp kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 626 Nm pada 2,500 ke 5,500 rpm. Ini membolehkan kereta memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.2 saat bagi Defender 90 dan 5.4 saat bagi Defender 110.
Salah satu ciri utama kenderaan ini adalah tetapan 'Dynamic' bagi mod pemanduan boleh laras Defender. Ini membenarkan pemandu memandu dengan lancar di atas apa-apa jenis permukaan jalan.

Model ini turut dilengkapkan dengan rim 22 inci berwarna kelabu satin di samping calliper brek berwarna biru yang menjadikannya kelihatan lebih moden dan bergaya.

Bahagian dalamnya pula, secara standard Defender V8 dikemaskan dengan balutan kulit dan sued Dinamica. Sterengnya pula dibalut dengan Alcantara. Plat dengan logo V8 turut diletakkan di samping jahitan terdedah yang berwarna hitam satin.

Pengguna juga boleh menaik taraf Defender V8 dengan kemasan Carpathian Edition. Pilihan untuk menaik taraf ini merangkumi kemasan berwarna kelabu unik yang sesuai dengan bumbung, bonet dan pintu belakang yang berwarna Narvik Black, serta cangkuk tunda berwarna Satin Black. Di samping itu, edisi ini turut menggunakan filem perlindungan berasaskan satin yang dapat melindungi kereta daripada sebarang kesan calar semasa melalui jalan yang lasak.
Defender V8 menerima penambahbaikan dari segi sistem infotainmen Pivi Pronya yang mana saiznya adalah lebih besar iaitu 11.4 inci, lengkap dengan kemudahan pengecasan tanpa wayar berserta penggalak signal.

V8 serba baharu ini dipasarkan dengan harga bermula daripada GBP 98,505 (RM 562,914) bagi Defender 90, manakala Defender 110 pula bermula daripada GBP 101,150 (RM 577,948) di United Kingdom.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6079
SELANGOR
BSU9023
JOHOR
JH1295J
PULAU PINANG
PSH2802
PERAK
APM7831
PAHANG
CFJ3602
KEDAH
KGJ7418
NEGERI SEMBILAN
NEM5341
KOTA KINABALU
SJV856
KUCHING
QAB9604P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gigit Jari Tengok Harga Defender 130
Bagi model tahun 2024, Defender 130 kini ditawarkan dalam versi Outbound.
01-05-2023
Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond
Land Rover melancarkan Land Rover Defender V8 Bond Edition sempena tayangan filem baharu, No Time To Die.
29-09-2021
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

